Monday, August 26, 2013

Roti Telur Lada Hitam


Semalam kawan rumah sewa waktu adda praktikal dulu ada buat permintaan nak makan roti telur yang adda selalu buatkn pagi2 untuk sarapan sebelum ke tempat kerja..
katanya dah try buat sendiri tapi tak menjadi macam yang adda selalu buat..
aduhai..cheff tak bertauliah ni dah ajar banyak kali tapi mungkin ambik masa kan nak pandai..
adda dulu pun belajar dari maktok..sekarang dah boleh buat sendiri..
jom kita tengok resipi ni..mudah dan ringkas ja..


Roti Telur Lada Hitam

Bahan-Bahan :

1   biji       Telur
2   biji       Bawang merah
20 biji       Lada Hitam
                 Garam secukup rasa
                 Roti

Cara-caranya:
Tumbuk lada hitam dengan garam sehingga hancur.
Tabur separuh di dalam pinggan/bekas.
Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
Masukkan minyak lebih daripada biasa yang kita gunakan untuk menggoreng telur.
Tumis bawang sehingga kekuningan.
Setelah bawang kekuningan masukkan telur dan goreng separuh masak.
Angkat dan letakkan di dalam pinggan/bekas yang kita taburkan lada hitam tadi.
Lebihan lada hitam kita taburkan di atas telur.
Siap untuk dihidang dan dimakan.


p/s : Adda letak lada hitam sebab nak hilangkan sikit bau hanyir telur..heheh

8 comments:

Mieza Jhaa K said...

Owhh..tak pernah lagi buat macam ni..rasa jgk nak cuba..biasa goreng telor macam tu je..

Addasyuhadadisini said...

mieza..cuba la..sdapp sbb x rasa muak sangat.. :))

krole said...

huhu menarik ni..pastu simple...le r krole cbe nnt huhu~

mujahidah maisarah said...

tgh lapo sedap ni makan.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. nampak sedap tu.. boleh akak cuba nanti.. :D

Addasyuhadadisini said...

krole..yup simple dan senang sngt nk buat.. :))

Addasyuhadadisini said...

mujahidah..yup..selalunya adda wat untuk srapan pgi.. :))

Addasyuhadadisini said...

miss aiza..cuba2..mestink buat lgi klau dah rsa..:))