Saturday, March 28, 2015

Canai Banjero Pekan Pokok Sena

Assalamualaikum..
Hari ni kita akan belajar cara membuat roti canai..
Ecece..macam la kita pandai sangat nak uli doh tu..
Mau yang nak telan patah gigi sebab keras sangat roti canai eden...hikhikhik
Dalam perjalanan nak balik Kedah ari tu tetiba teringin plak nak makan roti canai yang kuahnya melimpah..
Terus mesej en suami sampai nanti nak gi makan roti canai banjir..
Last2 disini la en suami bawa..
CANAI BANJERO..
Kalau dari pekan Langgar nak ke Kuala Nerang tu..
Korang terus ja sampai la nampak signboard Canai Banjero ni..
Besar signboardnya..kedai ni sebelum Pekan Pokok Sena..
Kami sampai dah pukul 10malam..
Ingatkan kedai dah nak tutup sebab ada kerusi meja yang dh kemas..
Tapi en suami turun tanya dulu nak pastikan kedai nak tutup ke cam mana..sebab nak tunaikan impian cik isteri..hihihi
Alhamdulillah masih buka kedai ni walaupun dah lewat..
Kami oder 2 Canai Banjero serta roti kosong 1.. Air barli limau ais untuk adda dan nescafe o panas untuk en suami..
Dapat la merasa Canai Banjero yang memang terbaik ni..
Roti canai yang kuahnya banjir dan atas tu telur mata separuh masak..fuhhhh terangkat(trademark en suami)..
Dalam dok cerita ni pun masih terbayang lagi..
Sedapppppnyaaaa...rugi sesapa yang dok di Kedah tak cuba..
Balik Kedah nanti nak ajak en suami lagi makan kat Canai Banjero ni..


Friday, March 20, 2015

Review : Chappie



Assalamualaikum..
Semalam gi tengok wayang cerita CHAPPIE
Tak rancang pun nak tengok cerita ni sebenarnya..
Asalnya ajak en suami tengok cerita CINDERELLA..
Memang feberet dari kecik dulu lagi..
Dah difilemkan ni tunggu lgi x nak tengok..
Mesti wajib tengok..
Tapi sampai ja kat panggung penuh plak seat..
Trus tukar tngok CHAPPIE..
Dengar kata kawan2 best cerita ni..
Dan memang best..tak rugi la kiranya ganti cinderella dengan cerita ni..

Mengisahkan tentang robot yang dicipta sebagai polis untuk membantu menangkap dan membanteras jenayah..tetapi disebabkan spout 22 ni rosak teruk selepas ditembak penjenayah dah tak boleh digunakan..makanya robot ni nak dihancurkan tetapi pencipta robot ni iaitu Deon dapat cipta satu lagi cip yang boleh jadikan robot ni hampir seperti manusia..dan spout 22 ni dicuri oleh Deon untuk  digunakan sebagai eksperimen setelah mendapat tentangan daripasa bos..dalam pada masa yang sama Deon dicari oleh penjenayah untuk membantu mereka mencipta satu robot yang boleh tolong lakukan jenayah..setelah menculik Deon dan diugut oleh penjenayah..Deon akhirnya bersetuju untuk membantu dan spout 22 pun dilahirkan sebagai robot baru dan diberi nama Chappie..proses mengajar dimulakan sementara rakan sekerja Deon mencari peluang agar robot ciptaan Deon dimusnahkan agar robot ciptaannya digunakan..apakah Chappie berjaya menjadi robot yang baik atau melakukan jenayah kena la korang saksikan sendiri..

Apapun cerita ni sangat best..
Adda bagi 4/5 untuk cerita ni..
Keseluruhan cerita ni dapat bagi kita pengajaran yang baik dan buruk..



Posted via Blogaway


Tuesday, March 17, 2015

Teaser : Update entry setelah berzaman


Assalamualaikum..

Baru nak up entry setelah berkurun blog picisan diabaikan

Bukan sengaja mengabaikan tapi asal nak taip ja mata kita ni ajak tarik bantal..

Padahal dah siap landing bukan tidur pn..dok main games candy crush..

Macam ada kuasa plak suruh kita celik mata walaupun dh ngantuk sampai berair mata ni..

Sangat la haru kan..

Akhirnya memang tak ada la entry terbaru..

Padahal banyak ja hutang cerita dalam ni..

Mulai saat ni akanku update seminggu berkali-kali agar x berhabuk kembali..

Ayat sangt tak agak2..hihihihooo..

Jom kita teaser gambar dulu sebelum cerita sebenar..













p;s : nanti kita up lgi bnyak pic..banyak entry tertangguh ni..