Saturday, December 29, 2012

Jalan-jalan Singapore

ari khamis lepas jalan-jalan Singapore..
bawa trip syarikat aku..geng2 Alor Star..
kira menyelam sambil minum air la..hehehe..
seronok tapi kalau ke korang nak pergi sana kena spend duit lebih la..
aku tukar kat money changer Johor RM200 duit kita cuma dapat $74..
beza bnyak weh..kalau korang tukar duit kat money changer Singapore untung skit la..
sebab dapat lebih dari kita tukar kat M,sia..
apa-apapun jom kita layan gambar dulu..

depan hotel J.A Resident

Merlion Park

Singapore Flyers

 ni la bandaraya Singapore

 Group yang aku bawa



 Universal Studio

 Nasi beriyani + Jus oren
regenya $6 + $4.50
korang kira sendiri tau..hehehe

ni aku kat dalam Muzium Of Singapore..macam muzium kita jugak..
xde banyak beza..ada cara hidup malay,cina dan india..
tapi yang best dalam ni sebab ada sound effect..
xda la sunyi je sepanjang kita dalam muzium tu..hehehe..
 


Friday, December 28, 2012

Prosedur, cara membuat passport Malaysia antarabangsa serta cara renew (perbaharui) passport

hari ni aku nak share prosedur kalau korang ada niat nak buat passport..
ehh naper nak buat passport...
sebab nak mudahkan urusan perjalanan korang bila kat negara orang..hehehe
aku pergi jabatan imigresen Alor Star dalam pukul 12..
orang x rmai sangat masa ni..takde la aku kena tunggu giliran berjam-jam..
disebabkan aku isi borang yang aku download di tenet..
so pergi sana terus ke kaunter untuk dapatkan no giliran..
aku suggestkan korang download je borang kat internet..
isi siap2 kat umah..
nanti sampai sana terus je tunjuk borang dan pic dua keping kat orang yang jaga kaunter..
terus dapat no giliran..dan duduk tunggu sampai giliran korang sampai..


Passport baru ni lawa sikit la. Bila renew passport baru, passport lama akan digunting seperti gambar kanan 


Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang..untuk kanak-kanak yang xde I/C)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat..
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport :
  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru.)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Mykad
Semasa pengurusan passport berlangsung, Mykad anda akan digunakan untuk membaca info peribadi anda. Dan pada ketika itulah, baru anda tahu yang Mykad anda mempunyai masalah (kebiasaannya masalah cip). Dengan itu, anda diminta untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Mykad baru.

Menunggu Mykad baru siap akan mengambil masa selama beberapa minggu. Maka, semasa membuat pembaharuan Mykad, sila maklumkan kepada pegawai tujuan pembaharuan Mykad ini adalah bagi menggantikan Mykad yang rosak, semasa pengurusan membuat passport. Pegawai di kaunter akan memberi satu slip khas (IC sementara, selain daripada resit pengambilan Mykad) untuk membolehkan pengurusan rasmi seperti membuat passport. Sila buat salinan IC sementara dan sertakan sekali bersama borang membuat passport.

Duit
Sebelum ini..harga passport ditentutkan dengan bilangan muka surat (32 m/s atau 64 m/s). Tetapi kini, passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun 

Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap selepas 1-2 jam berikutnya..kerana wakil/kawan/sanak sedara tidak dibenarkan untuk mengambil passport.

Info tambahan: Bagi sesiapa yang membantu warga emas untuk pembuatan passport, sila maklumkan kepada kaunter angka giliran. Selepas mengambil nombor, pegawai akan menunjukkan kaunter khas untuk warga emas, tanpa menunggu giliran.



Thursday, December 27, 2012

23 Tahun Di Bumi Milik-Nya



Alhamdulillah... Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpha, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini.....aku ingin merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini.... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kesyukuran beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin.... pimpinlah tangan hambaMu... pimpinlah hati hambaMu ini.... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiase berpijak di atas jalan kebenaran, Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina , aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku.... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian silatulmustakim dengan tenang dan mudah tanpa cela..



Wednesday, December 12, 2012

Untuk Adam Dan Hawa

hai adam dan hawa sume..
ceweh..cewah..tetiba je kan..
eh betul apa..
ari ni nak brkongsi sikit untuk kaum adam dan hawa kat luar sana..
insyaallah hrapnya sama2 bermanfaat untuk kita..
      


 
untuk adam..
andai mahu mencari hawa..
1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

 
untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..




 sekarang tengah hangat citer ni di tayangkan kat astro..
korg dah nengok blum..
pe komen korg..
best ke idak..
hehehe

 atau

novel ni haaa..
aku dah ada koleksi novel ni sebelum drama ni ditayangkan lagi..
jadi aku x brapa excited sangat nak nengok dramanya sbb aku dah tahu jalan citer..
macam dah bleh agak apa yang nak jadi..
so x suspen la beb..
tapi novel ni kira salah satu the best koleksi yang aku ada..
syiokkkk dan romantik la Adam Mukriz..
terbaikkkkkk...
hehehe..
rugi kalau korg tak dapatkan novel ni untuk jadikan koleksi.. 
promote sikit..
hahahaha





Monday, December 10, 2012

Durian Crepe yang Da Boom

hai..hai..hai..
korang dah cuba Durian Crepe ke belum..
sekarang tngah top tntang durian crepe ni..
ramai kawan2 yang promot kat aku suruh beli..
tapi aku bukan penggemar durian jadi kurang berminat..
tapi aku tahu ramai yang hantu durian kan..
so meh kita cuba resipi durian crepe ni..
selalunya aku tngok warna kuning tapi yang ni warna hijau kome semua..
cantik menarik lagi kalau tengok..
dari yang tak berminat terus minat kan..yer tak..
jom kita cuba..hehehehe..
senang dan simple je bahannya..
Resipi Durian Crepe dari Najah Fadielah.

Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whipping cream

Cara2:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Durian Crepe sudah boleh dihidang..hehehe...Selamat mencuba..:)



 rupa sebelum dibungkus

 dah siap dibungkus
gebunya kamooooooo...
hohoho

salam sayang

Adda Syuhada 

Wednesday, December 5, 2012

Tips Kurus Cara Aku

Hari ni nak bagi tips kurus cara aku..almaklum la badan aku ni dah macam belon haa..
cepat je naik tapi nak turunnya aduhaiii lambat bebenor…
nak makan ubat2 diet ni aku jenis susah makan ubat..
dah la mahaiii benor regenya…lagipun ada kesan sampingan 
kalau kita amalkan ubat kuruskan badan
..nak nya aku berhenti makan lagi naik mendadak..nahaii…
tak nak mak temah nanggung risikonya jadi lebih baik 
kita gunakan cara yang tak mendatangkan kesan sampingan..
walaupun lambat tapi baik untuk kesihatan..hehehe..

Teh Hijau
Teh hijau. ..Teh ada banyak warna yer..yang hitam pun ada kau..Tak delah..aku gurau jer..hehehe..korang suka teh tak..aku sukaaa..tiap-tiap hari aku minum..Kalau dalam sehari tak minum rasa macam tak tentu arah hidup..pagi-pagi kalau mama aku buatkan sarapan wajib teh ada.. Amboi, kau..Minat sangat dengan teh..Pagi ahad teh, isnin teh, selasa teh, tiap2 hari teh..Kadang aku naik muak gak...Warna sama,rasa yang sama..rasa teh hijau ni pahit sikit..Amalkan meminum teh hijau setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan elok kalau korang ambil sebelum makan.. teh hijau ni bnyak jer jual kat kedai-kedai..aku paling suka jenama lipton..sedap..hehehe




 ni la yang aku paling suka..rasa masam-masam manis

Limau gedang
Limau gedang ni memang menarik kalau tengok..memang rasa nak ambik terus masuk mulut..tapi sekali masuk mulut mmg tau la asal azab sangat..satu ayat ja aku nak sebut mmg tak boleh telan kau..pahit giler weh rasanya..tapi disebabkan nak diet cara menggunakan buah-buahan la konon aku telan jugak..hehehe…membazir kalau beli dan buang macam tu jer..disebabkan aku ramai adik beradik jadi aku paksa diorang makan sekali dengan aku..bayangkan jer korang tengah makan coklat Cadbury yang sedap tuh..hahaha..korang boleh dapatkan limau ni dekat pasaraya besar macam Tesco, Giant dan seangkatan dengannya..hohoho

 rasa nak terus ngapp jer..

 cantik menarik kau memang debommmm..hohoho


Cuka epal
Mula-mula korang amik satu cawan air suam or jus buah..(prefer jus)..then campurkan satu sudu besar apple cider ni ke dalam minuman tersebut..korang kene minum air tu...lepas minum terus kumur mulut..sebab ni asid..takut akan merosakkn struktur gigi kita..hehehe...kenapa aku galakkan minum dengan jus buah..baik aku bgtau awl2..jujurnya bagi aku bau cuka ni sangat la kuat..korang pernah kan bau cuka makan..haa lebih kurang la mcm tu..if campur dengan jus takda la bau kuat sgt then rasa dia pun best..haa korang boleh amalkan minum benda alah ni dua kali sehari..kalau nak senang cari je cuka epal di dekat GUARDIAN dengan rege RM20.90..siap bagi rege lagi tu..tunggu apa lagi jom kita serbu..hehe



 jom kita beli


Halia
 Korang boleh amalkan petua ni jugak..kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air..tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula..amalkan meminumnya sebelum tidur..kalau korang suka masak korang campurkan je dalam masakan korang tu haaa…letak je banyak sikit..lagipun halia ni boleh buang angin dalam badan..kan dua proses dalam waktu yang sama..Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan korang..tak payah risau ada kesan sampingan dan dijamin selamat weh..jom kita sama2 kuruskan badan dengan cara yang murah dan senang dapat.. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua…hehehe

 haa ni la rupa halia

 teh halia..teh jugak tuu..

 ayam goreng halia..yummyy..

salam sayang 

Adda Syuhada

Monday, December 3, 2012

Gerak Hati..

semua sihat..hrap sihat sokmo..
hakhak..
korang mesti pernah rasa gerak hati kan..
contohnya kalau tiba2 rasa mcm da benda nak jadi..
alih2 korg mmg alami benda tu..
tak kira la baik atau buruk..
tapi gerak hati ni selalunya untuk yang tak elok kan..kan..kan..
ke aku je ada deria keenam nih..hahahah
prasan benor aku ni kan..
 bagi aku ok jugak ada rasa mcm ni..
sebabnya aku boleh hati2 sikit..macam waspada la..
hahaha..macam dah boleh agak da benda nak jdi..
baik atau buruk aku terima seadaanya..
in syaa allah dugaan untuk aku..
nak uji iman dan sabar aku..
so ceria-ceria selalu..
senyum kan sedekah..



salam sayang

Adda Syuhada

Saturday, December 1, 2012

Fatin Liyana Asri..

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)


 
Fatin Liyana Asri..korang kenal tak dia,kalau korang adalah blogger yang tegar mesti korg kenal kan si cantik manis pemakai braces ni..sekali tengok mesti nak tengok dua kali..mesti tak jemu tengok dia,dengan fesyen yang terkini tapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah..aku mula kenal ngan cik atin ni sejak dari mula-mula aku search tentang braces dua tahun lepas..


sejak dari saat tu aku selalu jadi silent reader cik atin ni(aku pggil cik atin sbb dia sma umur ngan aku jadi nak pggil akak atau adik idak sesuai..hehehe..jgan marah tau Fatin Liyana)..pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com ni adalah bakal doktor tau...dalam blog dia selalu bagi tips untuk kita tentang kesihatan dan salah satunya tentang braces..sangat2 penting untuk aku yang memang berminat nak pakai braces ni..dan aku ucapkan terima kasih cik atin sebab dah tulis banyak maklumat tentang braces..oleh disebabkan aku suka membaca so aku terus tengok dari mula-mula dia post sampai la sekarang dah ada dalam salah sorang bloglist blogger feberet aku..hehehe..malah selalu ternanti-nanti dia update blog..aku suka dengan gaya penulisan cik atin yang sangat santai,takda yang menggunakan bahasa kasar weh..kalau korg dengar suara dia..aduhai lembut dan sopan sangat..memang takda langsung ciri-ciri pura-pura dalam diri dia..


Sejak bergelar sebagai seorang blogger, Fatin Liyana pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori “Best Celebrity Blog” di dalam anugerah World Blogger & Social Media Awards 2012...Itu merupakan salah satu kejayaan yang terbesar dicapai oleh Fatin Liyana sejak bergelar sebagai seorang blogger sejak tahun 2009...Tahniah cik atin.. 



Mesti ramai yang teringin nak jumpa cik atin ni dan aku la salah sorang dari mereka-mereka di luar tu..in syaa allah kalau diizinkan satu hari nanti aku mesti jumpa dia..ceh ayat macam nak tunggu jodoh ja..hehehe..ntah sudi atau idak cik atin nak jumpa aku yang serba kekurangan nih..apa-apapun terima kasih cik atin selalu bagi info dan harapnya selalu2 la update blog yer..aku doakan cik atin berjaya selalu walau di mana pun cik atin berada..hehehe..
 
 manis kan senyuman cik atin

alolo muka innocent sangat..

dua-dua FF..


salam sayang

Adda Syuhada  

Wednesday, November 28, 2012

Saya Suka..^_^

haaaaaa..ari ni kita nak tengok..
agak-agak korang nak tengok apa..
tajuk kat atas pun tahu yer tak..
ish aku ni..boleh lagi tanya..
ada aku kisah..gedik nak bagitau jugak..hehe
nak tengok apa yang aku suka tentang diri sorg lelaki..
wuuhuuu..bunyi cm menarik jer...
jeng..jeng..jeng..
jom kita sume tengok ada yang kena..
hehehehe

kenal ke tak ni..
aku minat weh dia ni..macho gila..
huhuhu


Saya Suka...

-saya suka laki yang low profile sebab saya tidak suka laki yang menunjukkan kekayaan atau kepandaian dia terang terang
-saya suka laki yang hormat orang tua sebab saya nak dia hormat mama dan abah saya
-saya suka laki yang kurang suka memuji sebab bila dia puji membuatkan hati saya berbunga2 dan pujian itu  amat bermaknabuat saya
-saya suka laki yang daya ingatan kuat sebab dia akan mengingatkan saya semua kenangan manis bersama dan tarikh istimewa kami...sebab saya betul2 seorang pelupa!!!
-saya suka laki yang pandai masak sebab saya suka memasak, nanti kita boleh masak sama-sama..
-saya suka laki yang sukakan ketenangan sebab boleh lepak pantai atau pulau bila free
-saya suka laki yang active bersukan sebab bile dia berpeluh nampak cool and machoo gilaaa..tergugat iman..
-saya suka laki yang romantik sebab dia akan buat hari-hari saya indah dan berbunga2 gitu..
-saya suka laki yang matang fikiran tapi comel perwatakan..
-saya suka laki yang jarak sma tahun dengan saya sebab senang dia nak faham saya
-saya suka laki yang soft spoken sebab bile berborak dengan dia hati saya sejuk dan tenang owww...
-saya suka laki yang good looking sebab saya nak anak saya macam dia..berangan jap..
-saya suka laki yang suka buat surprise sebab bagi saya itu sweet dan membuatkan hari-hari saya penuh dengan kejutan..
-saya suka laki yang ego lebih tapi bila dengan saya ego dia zero..kosong..kosong..(najwa latip jap..)
-saya suka laki yang mempunyai minat sama dengan saya sebab saya nak buat aktiviti bersama-sama dengan dia
-saya suka laki yang mempunyai perangai berbeza dengan saya sebab bila saya tengah marah membara bagai api , dia pulak akan jadi air untuk sejukkan hati saya..(pandai marah ke haku ni)
-saya suka laki yang tidak kedekut duit sebab nanti saya nak shopping boleh mintak dia
-saya suka laki yang suka buat lawak tapi bukan pelawak sebab nanti hari-hari saya penuh ceria dengan gelak ketawa
-saya suka laki yang tinggi and badan nice nice laa sebab saya rase sangat selamat bila berada disisi dia
-saya suka laki yang pandai berdikari sebab bila saya outstation dia pandai jaga diri
-saya suka laki yang suka karaoke sebab nanti boleh spend masa sama-sama karaoke
-saya suka laki yang pandai adapt sebab saya nak dia adapt dengan semua ahli keluarga dan sedara mara saya
-saya suka laki yang ringan tulang sebab bila saya masak , dia boleh tolong kemas ruang tamu..
-saya suka laki yang pandai dan bijak sebab bila bercakap dengan dia semuanya dia tahu ..hehehehe
-saya suka laki yang bertanggjawab sebab dia tahu tangunggjawab dia sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya
-saya suka laki yang penyayang sebab saya seorang yang manja jadi saya boleh merengek-rengek dengan dia..aish gedik kejap..hakhak
-saya suka laki yang cukup solat dan tahu tanggungjawab sebagai orang islam sebab saya nak dia bimbing saya
-saya suka laki yang sanggup mendengar sebab saya suka bercakap..hahaha
-saya suka laki yang sukakan budak kecik atau baby sebab saya rasa itu amat cute..alahai..
-saya suka laki yang kepala gila-gila, sebab saya pun macam tu..nanti mesti happening kalo duduk berdua..hahahaha



"Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you..Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever..♥.."




salam sayang

Adda Syuhada