Friday, December 28, 2012

Prosedur, cara membuat passport Malaysia antarabangsa serta cara renew (perbaharui) passport

hari ni aku nak share prosedur kalau korang ada niat nak buat passport..
ehh naper nak buat passport...
sebab nak mudahkan urusan perjalanan korang bila kat negara orang..hehehe
aku pergi jabatan imigresen Alor Star dalam pukul 12..
orang x rmai sangat masa ni..takde la aku kena tunggu giliran berjam-jam..
disebabkan aku isi borang yang aku download di tenet..
so pergi sana terus ke kaunter untuk dapatkan no giliran..
aku suggestkan korang download je borang kat internet..
isi siap2 kat umah..
nanti sampai sana terus je tunjuk borang dan pic dua keping kat orang yang jaga kaunter..
terus dapat no giliran..dan duduk tunggu sampai giliran korang sampai..


Passport baru ni lawa sikit la. Bila renew passport baru, passport lama akan digunting seperti gambar kanan 


Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang..untuk kanak-kanak yang xde I/C)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat..
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport :
  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru.)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Mykad
Semasa pengurusan passport berlangsung, Mykad anda akan digunakan untuk membaca info peribadi anda. Dan pada ketika itulah, baru anda tahu yang Mykad anda mempunyai masalah (kebiasaannya masalah cip). Dengan itu, anda diminta untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Mykad baru.

Menunggu Mykad baru siap akan mengambil masa selama beberapa minggu. Maka, semasa membuat pembaharuan Mykad, sila maklumkan kepada pegawai tujuan pembaharuan Mykad ini adalah bagi menggantikan Mykad yang rosak, semasa pengurusan membuat passport. Pegawai di kaunter akan memberi satu slip khas (IC sementara, selain daripada resit pengambilan Mykad) untuk membolehkan pengurusan rasmi seperti membuat passport. Sila buat salinan IC sementara dan sertakan sekali bersama borang membuat passport.

Duit
Sebelum ini..harga passport ditentutkan dengan bilangan muka surat (32 m/s atau 64 m/s). Tetapi kini, passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun 

Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap selepas 1-2 jam berikutnya..kerana wakil/kawan/sanak sedara tidak dibenarkan untuk mengambil passport.

Info tambahan: Bagi sesiapa yang membantu warga emas untuk pembuatan passport, sila maklumkan kepada kaunter angka giliran. Selepas mengambil nombor, pegawai akan menunjukkan kaunter khas untuk warga emas, tanpa menunggu giliran.



No comments: