Saturday, March 28, 2015

Canai Banjero Pekan Pokok Sena

Assalamualaikum..
Hari ni kita akan belajar cara membuat roti canai..
Ecece..macam la kita pandai sangat nak uli doh tu..
Mau yang nak telan patah gigi sebab keras sangat roti canai eden...hikhikhik
Dalam perjalanan nak balik Kedah ari tu tetiba teringin plak nak makan roti canai yang kuahnya melimpah..
Terus mesej en suami sampai nanti nak gi makan roti canai banjir..
Last2 disini la en suami bawa..
CANAI BANJERO..
Kalau dari pekan Langgar nak ke Kuala Nerang tu..
Korang terus ja sampai la nampak signboard Canai Banjero ni..
Besar signboardnya..kedai ni sebelum Pekan Pokok Sena..
Kami sampai dah pukul 10malam..
Ingatkan kedai dah nak tutup sebab ada kerusi meja yang dh kemas..
Tapi en suami turun tanya dulu nak pastikan kedai nak tutup ke cam mana..sebab nak tunaikan impian cik isteri..hihihi
Alhamdulillah masih buka kedai ni walaupun dah lewat..
Kami oder 2 Canai Banjero serta roti kosong 1.. Air barli limau ais untuk adda dan nescafe o panas untuk en suami..
Dapat la merasa Canai Banjero yang memang terbaik ni..
Roti canai yang kuahnya banjir dan atas tu telur mata separuh masak..fuhhhh terangkat(trademark en suami)..
Dalam dok cerita ni pun masih terbayang lagi..
Sedapppppnyaaaa...rugi sesapa yang dok di Kedah tak cuba..
Balik Kedah nanti nak ajak en suami lagi makan kat Canai Banjero ni..