Thursday, August 22, 2013

Slot Akasia : Cinta Jannah




Abdullah (Ayah Jannah) memberitahu Jannah bahawa Suffian ingin meminangnya. Jannah meminta pandangan daripada Balqis (Kakak Jannah). Balqis memberitahu Nur Jannah agar tidak menolak tuah. Nur Jannah berbelah bahagi. 
Sumaiyyah (Emak Jannah) mahu Abdullah mempertimbangkan semula cadangan menjodohkan Jannah dengan Suffian.
Jannah kemudiannya melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu menjadi isteri kedua Suffian. 


Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci bapanya kerana beliau begitu ingin anak lelaki untuk mendapatkankan harta pusaka milik ibunya. 
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah tiada hala tuju.Ketika itu, begnya diragut dan Jannah jatuh lalu pengsan. 
Secara kebetulan, Izaryl(Aeril) lalu di situ lalu membantu Jannah. Izaryl juga sedang berdepan dilema apabila dia perlu mencari isteri dalam 3 bulan bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Damia, pilihan ibunya.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah,kononya yang dia telah memperkosa Jannah semasa Jannah pengsan.



Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin.Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, Ibu Izaryl Tengku Zareena(Dian P.Ramlee) berasa amat marah.
 Lalu, Tengku Zareena merancang bersama Damia untuk memisahkan mereka.

Berjayakah Damia menggoda Izaryl?Adakah terbit cinta antara Jannah dan Izaryl?


Cinta Jannah
Isnin - Khamis pukul 7.00malam di TV3

p/s : mesti meletup drama ni nanti..adda yang bukan penggemar drama pun dah mula tertarik dengan jalan ceritanya..hari2 dah tercongok depan tv nantikan cerita ni..bestttttttttt.. :)))))

4 comments:

mujahidah maisarah said...

wa..nak tgok2!!!

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said...

Assalammualaikum adda, walawey mesti best kan drama nie heheh baca sinopsis pun dah terasa teruja dah nak tengok drama nie.


milkadeal satu beli wax

iskandarx.com

Addasyuhadadisini said...

mujahiddah..tngok la..best..hehe

Addasyuhadadisini said...

iskandar..yup..best mcm citer yg meletupp sblum ni..wiwiwwi :))