Monday, February 18, 2013

Tahi Bintang jatuh di Rusia


Tadi terbaca artikel tentang tahi bintang yang jatuh di Rusia ni terus adda ucap syukur..
 Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
syukur sangat tak jatuh kat malaysia..
tapi kecian jugak pada mangsa yang cedera..
doakan mereka cepat sembuh dan dalam keadaan yang baik..





 


MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.
Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.- mstar


6 comments:

REE said...

ini baru sikit. T___T

Addasyuhadadisini said...

juma..klau banyak lagi bnyak la yg musnah dan cedera.. :)

Unknown said...

Kalau meteorite sebesar itu boleh akibatkan kemusnahan yang agak besar, bayangkan sekiranya yang lebih besar menimpa...

fatin aziz said...

dahsyatnya!!! kalau kena kat malaysia tak dpt nak bygkan..

Addasyuhadadisini said...

Diana Azis..tak dapat nak bayangkan cm mna..doakan moga kita2 semua selamat dan dalam lindungan Allah selalu.. :)

Addasyuhadadisini said...

fatin aziz..jangan bayangkan bikin seram ja..hehe