Mempertahankan sesebuah hubungan bukanlah sesuatu yang mudah..
Kadangkala kita tidak terlari dengan nasib ‘diduakan’ ataupun dikhianati oleh sang kekasih..
sebelum nasi menjadi bubur, mari kita sediakan payung sebelum hujan
takut dah hujan nanti x boleh lari balik ambik payung dah..hehehe
maksudnya nak patah balik ke balakang mmg xkan ada pluang..
sebab masa xkan berundur sebaliknya semakin ke depan..
Jom cepat-cepat intai kat bawah ni
petanda si dia mula ‘pasang dua’
Gerak hati yang berkata-kata
Pernahkah kamu mempunyai gerak hati yang kuat padanya mengatakan si dia curang di belakang kamu ? Mungkin sesetengah berpendapat gerak hati ada kalanya ia hanyalah mainan perasaan sahaja. Namun, tidak di nafikan juga yang adakalanya ia sebenarnya benar-benar terjadi. Jadi, sekiranya kamu mempunyai gerak hati yang berkata-kata, berwaspadalah dan eloklah jika kamu mula ‘berhati-hati’ dengan si dia!
Si dia mula mengelakan diri
Jika dahulunya si dia selalu ada bersama kamu di saat susah dan senang, kini ada sahaja alasannya untuk mengelakan diri dari kamu. Hmmm, Jika situasi bergini terjadi pada kamu, kamu harus selidik adakah si dia benar-benar sibuk hinggakan si dia cuba mengelakan diri dari kamu ataupun sebaliknya.
Gangguan dari Panggilan dan nombor misteri
Sedang kamu berdua meluangkan waktu bersama, tiba-tiba kamu dikejutkan dengan satu panggilan ataupun nombor misteri dari telefon bimbitnya dan si dia pula mula nampak gelisah. Hmm, nampaknya macam ada sesuatu sahaja yang si dia cuba sembunyikan dari kamu. Baik kamu berjaga-jaga dan pantau siapa yang sentiasa hubunginya.
"From zero to hero"
Kebiasaanya si dia hanyalah seorang yang biasa-biasa sahaja, tetapi sejak kebelakangan ini si dia mula bersikap ala-ala si hero dan cuba menjadi seseorang yang lain seperti berkata-kata manis, suka memberi hadiah, dan asyik memuji kamu. Di saat itu, mungkin kamu perlu pasang mata dan telinga. Bukan apa, ada sesetengah lelaki yang akan berkelakuan seperti itu untuk mengaburi mata pasangannya.
Cuba membanding-bandingkan kamu
Bila si dia sudah menemui seseorang yang jauh lebih baik dari kamu, dia akan cuba membanding-bandingkan kelemahan kamu dengan orang lain. Mula lah si dia akan kata “awak tengok dia tuh, cantik dan menarik je, tak macam awak, selekeh betul!”. Jadi sebelum apa-apa yang akan berlaku dan hati kamu di kecewakan baiklah jika kamu ambil langkah yang sewajarnya dan buatlah keputusan yang terbaik.
2 comments:
terima kasih untuk info nie ;)
sama-sama berkongsi.. :)
Post a Comment