Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri
- Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
- Manusia
cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara
manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
- Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
- Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
- Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
- Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
- Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
- Buatlah
apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja
anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
- Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
- Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
- RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
- Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
- Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
- Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
- Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
- Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
- Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
- Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)
4 comments:
puteri memang selalu suka baca kata-kata motivasi camni :) Nice ^_^
adda pun ska puteri..dapt ilmu dan motivasikan diri..kan2..
wa,byknya..himpunanan kata2 motivasi yg menarik :)
el hardy..adda suka kumpul dan jadikan panduan..sma2 berkongsi..
Post a Comment