Bercinta tidak bermakna kamu memilikinya
Ada kalanya kamu harus menghormati dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan rutin hariannya tanpa disoal selidik..
kadang-kadang naik rimas kalau apa kita buat asyik kena update..
setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri atau lebih senang privacy..
Jom kita tengok lima perkara yang menunjukkan kamu seorang yang suka mengongkong atau pengongkong..(ehh bukan maksudnya sama je)..hehehe
adakah kamu orangnya..
cepat mengaku..jangan tipu..hehehe
Ada kalanya kamu harus menghormati dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan rutin hariannya tanpa disoal selidik..
kadang-kadang naik rimas kalau apa kita buat asyik kena update..
setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri atau lebih senang privacy..
Jom kita tengok lima perkara yang menunjukkan kamu seorang yang suka mengongkong atau pengongkong..(ehh bukan maksudnya sama je)..hehehe
adakah kamu orangnya..
cepat mengaku..jangan tipu..hehehe
“Kalau awak nak keluar, pastikan awak hanya keluar dengan saya sahaja tau!”Tidak bermakna bila si dia menjadi teman lelaki / teman perempuan, kamu berdua harus menjadi seperti belangkas. Perlu diingatkan, si dia juga ada kehidupannya sendiri apatah lagi bersama kawan-kawannya. Jadi tidak salah jika kamu beri si dia peluang dan ruang untuk bergaul dengan rakan-rakannya.
“Saya nak password Facebook awak, tak kira awak kena bagi jugak!”Kata laluan Facebook bukanlah kunci segala kebahagiaan. Tidak bermakna jika si dia tidak memberi kamu kata laluannya, si dia curang di belakang kamu. Si dia berhak untuk membuat keputusan sama ada ingin memberi ataupun sebaliknya. Jadi kamu tidak berhak untuk memaksanya.
“Kalau awak sayang saya, awak kena berpakaian seperti ini!”Mungkin niat kamu baik untuk mengubah penampilan si dia supaya menjadi lebih cantik dan bergaya, namun ada kalanya sifat paksaan dan desakan kamu itu akan membuatkan si dia kurang selesa bersama kamu sekali gus menimbulkan persepsi yang kurang baik seperti kamu tidak menerima dia seadanya.
“Bukannya saya tak sayang awak, saya cuma tak suka awak berkawan dan bercampur dengan dia orang!”Memang tugas kamu sebagai pasangan adalah menjaga kehidupan sosialnya tetapi siapalah kamu untuk menghalangnya. Janganlah kerana kamu tidak berapa berkenan dengan rakan-rakannya, kamu memaksa si dia untuk terus menjauhkan diri daripada orang yang kamu benci itu. Mungkin dalam keburukan yang kamu nampak sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya. Jadi, elakkan daripada mendesaknya.
“Kenapa lambat balas SMS saya? Awak buat apa tadi!”Lambat membalas SMS tidak bermaksud si dia sudah melupakanmu. Kena ingat, mungkin ketika itu si dia sedang sibuk. Elakkan daripada berfikir seperti keanak-anakan dan berilah dia sedikit ruang selain menghormati masanya. Barulah si dia akan berasa selesa untuk bersama kamu.
8 comments:
satu ketika dulu..... hehehehe...
Percayalah... kalo cinta kita Ikhlas kerana Allah s.w.t.. perkara ini takkan berlaku... Cari lah yang kurang cemburu.. dan jika perlu memilih... pilihlah yang boleh mendekatkan kita dengan Allah s.w.t
mohd fauzli..setiap orang ada cemburu tapi berpada2 la kan..btul klau kerana Allah dan ada jodoh x kemana..insyaallah..semua dah ditetapkan jodoh..amin..:)
HHOHOhooo..!! Seriusly ini bukan saya.. Lain sngat sikap macam nie, hahaa..
Pada puteri, kebahagiaan lebih penting dripada trus paksa2 mcam nie.. Isshh3.. :D
iefa x mcm tue tpi dek lelaki yg suka curNG IEFA JDIK MCM 2... TPI BKN LA SURH DEA KUAR JEW DGN IEFA CUMA IEFA MINTK TLG JUJUR
Ni mesti pernah buat cmni kat bf
puteri..klau kita kena wat dlam keadaan terpaksa mesti rsa rimas kan..hati pun rsa malas ja..biar la sma2 fham keadaan msing2..hehehe
iefa..ha jujur penting kan..bru rsa percaya tu sentiasa ada..xde la ragu2 sngt..hehehe
hancus..adda cma ambik part yang last ja,geram tau lmbat reply msj..klau ada kja gtau dan p buat bgi setlle dlu bru msj adda..haha..yang lain tu adda tnya pendapat kawan dan search kat google..hehehe
Post a Comment