Wednesday, January 30, 2013

Andai kita diuji..

Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan,yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia,InsyaAllah di syurga yang kekal abadi.
Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita mampu lagi boleh bernafas dibumi Tuhan.Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya disana.
Andai kita diuji dengan kesenangan.Ucaplah alhamdulillah dan agih2kan rezeki Tuhan kepada yang memerlukan.
Andai kita diuji dengan kesusahan, janganlah goyah.Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah,kerana itu yang mendewasakan kita dalam musafir yang panjang.
Wahai sahabat..Andai itu takdirnya,..Terimalah seadanya..janganlah mengeluh lalu lumpuh.
Ayuh kita semangatkan perjuangan dibumi Tuhan agar kita mendapat manfaat dihari kemudian.
Setiap musibah ada hikmahnya.
Ubat itu pahit,namun ianya menyembuhkan.Jika ingin ke puncak,kita mesti mendaki.
Bukannya hanya merenung tanpa bertindak.
Yakin akan janjiNya.
Allah tidak pernah berdusta.
InsyaAllah...:)
 
aku copy paste je ayat ni dari fb..
tapi betul menusuk hati..
memang kita manusia ni selalu sngt mengeluh dan merungut..
 ada jer yang tak kena pada pandangan kita..
sedangkan apa yang jadi itu la yang terbaik untuk kita..
mungkin kita tak sedar hari ni..
tapi satu hari nanti bila kita kenangkan balik
baru kita sedar..
baru kita nak ucap syukur..alhamdulillah..
sedangkan dulu mulut tak sudah merungut..merintih..
jadi sebelum kita pertikaikan apa yang telah Allah takdirkan..
cuba kita renung dan belajar redha..
kuatkan hati untuk terus bertahan dan bangkit untuk terus berjuang..
walaupun ambik masa yang lama..
tapi tentu kita puas bila kejayaan dah depan mata..
masa untuk ketawa akan tiba..
Allah hadirkan ujian untuk tengok kuat mna iman kita..
dan sebagai hambanya Dia nak kita selalu meminta..
supaya kita selalu dekat dengan Dia..
 renung2kan la kawan2 semua..





2 comments:

puteri kasih said...

memang menarik ayat ni. sepatunya kita kena sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki kan :)

Addasyuhadadisini said...

btul puteri..klau dah ada redha dalam hati msti x rsa ssah nak lalui dan syukur dgn apa yg kita miliki.. :)