Thursday, September 26, 2013

Hadiah Sebagai Ganti Duit Raya



Raya dah habis lama pun tapi tetap nak cerita juga tentang raya..hekhek

Adda dapat hadiah tau raya hari tu ganti duit raya..

Selalunya dapat duit raya kan tapi adda dapat hadiah..

Almaklum la Adda kan dah dewasa tapi kononnya kanak2 ribena..memang tak dapat la duit raya..

Tahun ni Adda la kena bagi duit raya kat bebudak dan anak saudara sepupu..

Anak saudara sendiri tak ada lagi..huhuhu..

Tapi ada orang dengan dengan baik hatinya bagi hadiah ganti duit raya kat Adda..

Mug aiskrim dan Keychain..

Daripada siapa agak2 korang..hehehe

Daripada Cik Tunang Adda la..

Mug aiskrim tu katanya beli kat Daiso Melaka..jauh kan..hehe

Yang keychain tu ditempah dari kawan cik tunang kat kampung..

Comel je kan..teeehee..

Banyak tak korang dapat duit raya tahun ni..cer citer..hikhikhik..

Tuesday, September 24, 2013

Kata Mutiara Untuk Renungan Jiwa


  • Jangan angkuh di hadapan orang yang rendah hati, dan jangan merendah diri di hadapan orang yang angkuh. 
  • Lelaki selalu ingin menjadi cinta pertama dari seorang wanita - wanita bahagia menjadi cinta terakhir dari seorang lelaki. 
  • Semua penyakit berakar pada ketiadaan atau keringnya cinta. 
  • Patah hati merupakan kehancuran bagi wanita tetapi pengalaman bagi lelaki. 
  • Jika hati ingin, ia akan menemukan seribu jalan, tetapi jika ia tidak ingin, ia akan menemukan seribu alasan. 
  • Hati nurani yang bersih tidak pernah takut pada ketukan pintu tengah malam. 
  • Hati yang terluka seumpama besi yang bengkok, walau diketuk sulit untuk kembali ke bentuk asalnya. Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. 
  • Suara hati kita begitu lembut sehingga mudah untuk mematikannya, tetapi suara hati kita juga begitu jelas sehingga tidak mungkin keliru. 
  • Kerana cinta yang pahit berubah menjadi manis, kerana cinta tembaga berubah menjadi emas. 
  • Kerana hampas berubah menjadi sari murni, kerana cinta pedih menjadi ubat. 
  • Kerana cinta kematian berubah menjadi kehidupan, kerana cinta raja berubah menjadi hamba. 
  • Tidak ada satu ubat pun yang boleh menyembuhkan sakit hati, kecuali keikhlasan. 
  • Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian. 
  • Kebahagiaan biasanya merupakan hasil dari sebuah pengorbanan. 
  • Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. 
  • Jika tidak, kita hanya mencintai cermin diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya. 
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
  • Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
  • Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. 
  • Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus. 
  • Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut. 
  • Saya belajar bahwa orang yang tidak memberi perhatian seperti yang saya inginkan tidak berarti dia tidak mencintai saya. 
  • Berbaik hatilah, sebab setiap orang yang kau jumpai sedang menghadapi perjuangan yang lebih hebat. 
  • Cinta seringkali akan lari jika kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi bila ia datang menghampiri. 
  • Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan. 
  • Kebingungan merupakan penyebab utama dari kesedihan hati. 
  • Masalah moral pada zaman kita adalah cinta terhadap uang. 
  • Apabila hati berubah, perbuatan akan berubah. 
  • Apabila perbuatan berubah, tabiat akan berubah. 
  • Apabila tabiat berubah, manusia yang hidup akan berubah. 
  • Apabila manusia yang hidup berubah, nasib akan berubah. 
  • Apabila hati dan jantung wanita berdebar, maka itulah tandanya cinta telah hadir. 
  • Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. 
  • Selama masih ada cinta selama itu pula seseorang akan memikirkan pasangannya sebagaimana ia memikirkan dirinya sendiri. 
  • Keindahan persahabatan adalah bahwa kamu tahu kepada siapa kamu dapat mempercayakan rahasia. 
  • Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan. 
  • Cinta adalah kebiasaan yang paling sulit untuk dihentikan, dan paling sulit untuk dipuaskan. 
  • Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada mimpi-mimpi mereka. 
  • Berwasapada dalam menilai pendapat orang adalah ciri kedewasaan jiwa. 
  • Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar. 
  • Rasa percaya diri adalah kunci rahsia pertama dari kejayaan seseorang. 
  • Orang yang mencintai orang lain, akan dicintai juga sebagai balasannya.

Sunday, September 22, 2013

" Segmen 1st Mama "



klik banner untuk join

A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda.
B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu...
C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..
E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. hihi (Takde fb pun takpe)
G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.

p/s : Adda suka nak join segmen mama ni sebab mudah dan senang je kan nak join..tengok tak payah buat entry pun boleh join..tak ada FB pun boleh join (Adda memang takda akaun FB..wiwiwiwi)..janji korang ikut ja semua yang berkenaan..jom ramai2 join segmen mama kita ni..:))

Thursday, September 19, 2013

Jom kita Jogging..Misi mengurangkan LEMAK..


Bersenam antara benda paling akhir Adda akan buat..

Memang pemalas sangat nak keluarkan peluh..

Lepas tu kalut ja berat makin bertambah..hehehe

ssatu harui tu Adda ni dengan jiwa kentalnya naik la penimbang kilo yang ada kat tempat kerja..

Ingatkan masih maintain..rupa2 nya dah naik 2kilo berat badan Adda..

eh macam mana boleh terlebih makan ni..

terus mesej sepupu ajak jogging..

padahal sebelum ni asal sesapa ajak jogging jer cepat2 buat sibuk..hahaha

sekarang baru kalut nak jogging bagai..



sepupu adda..

tengok pipi pun dah kembang semacam ja..



Selamat berjogging di Pendang Lake Resort..wiwiwiwiwi



tetiba jumpa signboard ni..

AMALKAN HIDUP BERMORAL
DAN 
JAUHI MAKSIAT..


p / s : nasib adda jogging dengan sepupu perempuan..selamat..wahahaha

Tuesday, September 17, 2013

Burger Bakar Abang Burn Terbaik



Sabtu lepas keluar dengan Kakteh..katanya teman dia baiki handset..rosak apa pun tak pandai Adda nak terangkan..huhuhu..

Dalam mencari kedai tu kitaorang terpandang pusat karaoke..

Terus ja pandang sesama kita dan cakap karaoke nak..wiwiwiwwi…

Nakkkkkkkk…dah lama rasanya tak karaoke..kali terakhir pun dua tahun lepas..

Tak ada masa nak keluar berjimba dengan kawan2..semua dah kerja..

Dah ada komitmen dengan kerja dan keluarga..

Dulu zaman belajar..memang banyak masa terluang..tiap2 hari pun ngadap muka yang sama..

Nasib la hobi pun sama..memang tak lepas peluang..sekarang ja dah terbatas..sobs..sobs..sobs..

Cepat2 setel urusan tentang handset terus booking bilik..sejam cukup la untuk kami berdua..hihihi..

Melalak la kitaorang tapi dengan suara yang ayu..hihihi..boleh tak bayangkn macam mana tu..

Dah habis suara dalam tu..tetiba rasa lapar..ajak Kakteh makan burger paling femes..hehehe..

Burger Bakar Abang Burn..here we comes!!!!!


Burn Chessy beef + Sausage With Chessy Sauce + Sirap Limau Ais

Supremo Special Beef + Onion Rings + Horlick Ais

Sebelum ni memang tak pernah try pun..asyik dengar cerita dan tengok pic ja..

Akhirnya dapat juga rasa..memang sedap dan superbbb…harga pun berpatutan..

Perut dah kenyang..ingat nak terus balik ja tapi siggah Giant jap..

Cuci mata tengok apa yang Sales dan apa yang patut dibeli..




Sempat la shopping sikit barang2 yang memang dah habis dalam simpanan..

Lepas ja bayar terus balik..perut kenyang..mata pun mula la nak pejam..

Zzzzzzz…. :))

Sunday, September 8, 2013

Abah Cepat Sembuh



Semalam ke hospital melawat bapa saudara adda..
tapi adda panggil bapa saudara ni Abah..
dulu kecik2 adda tak ada abah so bila dengar sepupu sepapat panggil abah..
adda pun terikut sampai la sekarang walaupun sepatutnya dipanggil Pakngah..
selalunya dia sihat ja..sepanjang kenal dia dari kecik tak pernah nampak dia mengadu demam atau sakit..
tapi bila sekali sakit ni terus kena tahan di wad..
asalnya abah cuma demam tapi bila dah semput dan susah bernafas terus kami bawa ke hospital..
setelah doktor check..katanya paru2 abah dijangkiti kuman..
malah kencing manis dan darah tinggi jugak penyebab utama..
nasib cepat2 bawa ke hospital kalau tak,boleh kena serangan jantung..
aduhai abah..kuatkan dirimu menempuh dugaan dari Allah..
angah doakan abah cepat sihat dan sembuh seperti sebelum2 ni..
abah selalu ceria dan selalu buat lawak..
tak pernah sepanjang angah kenal abah saja2 sakitkan hati kita orang..
malah abah selalu ambik berat walaupun angah cuma anak saudara..
abah penyeri hidup kami..
cepat2 sembuh dan kembali ke rumah macam biasa ya Abah..


Saturday, September 7, 2013

Jomheboh Di Putrajaya


Cerita yang dah berkurun baru nak update kat sini..
tapi tak kira ak cerita jugak..hakhak
Jomheboh kat tempat adda tak dibenarkan..
yang adda ingat setahun ja dan dulu dikenali dengan nama sureheboh..
tahun selepas tu dah tak dibenarkan..
adda tak ambil tahu pulak apa sebabnya..hihihi..
dan kebetulan adda pergi umah kak di Kuala Lumpur tu..
dia sudi nak bawa adda pi Jomheboh..
terus menjerit sukaaa...yeayyyyyyyyy boleh jumpa artis...
hehehehe...tak malu betoi kan adda ni..tapi ada ceq kisah..
janji adda dapat jalan2 kat sana..

 sebelum jalan2 kat sana kita turun isi perut dulu..
kakteh kata nasi ayam kat sini memang terbaik
dan memang betul..sangat sedap..
area sungai besi..dekat kolej tentera rasanya..
lepas makan terus balik siap nak jalan2..

 eh macam sepadan ja adda dengan design belakang tu..
kalau menyelit di celah2 mesti orang tak perasan adda kat situ sekali..hihihi..

 kalau la dapat lolipop besar macam tu..
setahun tak habis..besar sangat kot..
huhuhuhu

 ni la kakteh..
comeyyy tak..tapi dah menjadi tunang orang tau..
dah dibooking orang..hakhakhak..

 adda jumpa ramai artis hari tu..
Tomok, Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Imuda
pengacara Tv ramai..tapi dah amnesia pulak nama diaorang..hikhikhik..
dan last sekali sebelum balik adda jumpa Iffa Raziah dan Ani Mayuni..
sempat la dengar diorang duet lagu Putih Putih Melati..
sedap..nasib tak boleh dimakan..hihi

waktu ni diaorang jemput dua orang naik pentas nyanyi sekali..
tapi yang perempuan malu2 sikit..yang laki sporting..
biasa la perempuan melayu kan..memang pemalu..wiwiwiwi..
dah beli barang2 skit kita orang terus balik..
letih sebab cuaca sangat panas hari tu..hukhuk


Wednesday, September 4, 2013

WW : R4BIA..



Let's Pray and Du'a For Them
Safe and Freedom..
In shaa allah..

Tuesday, September 3, 2013

"Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"

Assalamualaikum


Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

   Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &amp; PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR &amp; BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan >     Termasuk iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^

Monday, September 2, 2013

Segmen Khas Sempena Ulangtahun Mama'D

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.

Sunday, September 1, 2013

Lalainya Diri Ini


Lalainya adda ni..
selalu hilangkan barang..
ada satu petang tu..lepas habis rehat..
adda terus masuk ofis..
sampai2 ja terus buat kerja dan tak terfikir pun ada terjatuhkan barang..
tetiba ja abang guard datang dan goyangkan kunci motor depan mata..

adda : Eh..jumpa kat mana ni.."
abg guard : Jumpa kat tepi motor tadi..mungkin terjatuh dan awak tak sedar.."
adda : alhamdulillah nasib abg jumpa..kalau orang lain rasanya memang tak dapat diselamatkan la motor adda tu..apa pun terima kasih ya.."
abg guard : sama2..lain kali hati2 sikit..jaga barang elok2.."
adda : baik bos (tabib)..hihihi.."

alhamdulillah nasib ada orang baik mcm abg guard kat tempat kaja adda ni..
kalau la dia jahat boleh ja dia ambil dan tak serahkan kunci tu pada adda..
tapi amanah yang ada dalam diri semua tu tak jadi..kan..kan..
apa pun lepas ni adda kena lebih berhati2 la..dah tak boleh lalai lagi..
kalau hilang en comel (motor) tu..nangis tak berlagu..sobs..sobs..sobs..
terima kasih abg guard..jasamu dikenang..wiwiwiwi..

ni la kunci untuk hidupkan En. comel adda..
hehehe