Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
P/S : Sedihnya bila baca..moga Dayana tabah dan redha dengan dugaan yang Allah berikan ni..
8 comments:
Semoga mereka masih bersama....
Teena Tna..amin..semoga semuanya baik2 saja.. :)
Kita kena bersangka baik dengan dugaaan itu..ada hikmah setiap kejadian ...
Madam Pam..yup..mesti Allah da sediakan yg lebih baik dan kita tak jangkakan nanti di depan.. :)
moga diyana tabah hadapi dugaan..
sk..amin..doakan semuanya baik2 saja.. :)
Walaupun bukan Dayana yang karang, tapi bila baca tetap rasa sedih. Huhu~
aida..yup..sebiji mcm kisah dayana..sedih..sob2..sob2..
Post a Comment