Wednesday, November 14, 2012

Sunat Bayi Perempuan

korg pernah dengar tak tentang bayi pompuan kena sunat..
jangan ingat orang laki jer yang kena sunat tau..
pompuan pun kena lalui proses ni..
cumanya xde la wat keraian macam selalu kita tengok tu..
korg juz bawa pergi klinik atau bidan kampung dan terus sunat..
x payah pantang2 ataupun risau x boleh jalan ke mcm kita slalu tngk budak laki kena sunat tu..
paling kurang pun sakit macam kena gigit semut jer..
lepas tu terus ok..
haa meh baca kenapa bayi pompuan pun kena sunat.. 

Ini di antara hadith dan alasan saintifik kerana bayi perempuan juga perlu berkhatan. 

Berkhatan bagi bayi perempuan ialah memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhatan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris. Khatan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan oleh doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah. Luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit. Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari ke-40. Usia bayi(kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhitankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.


Tujuan berkhatan kanak-kanak perempuan untuk menstabilkan syahwatnya. Ia juga bertujuan untuk membersihkan kemaluan, memperelokkan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin dan mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada mengalami penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.





salam sayang
Adda syuhada








No comments: