Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda
cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia
akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang
yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi
malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian
di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan
: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya :
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat
(boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku
naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat
berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula
diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka
dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
JAZAKALLAH…
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
JAZAKALLAH…
salam sayang
Adda Syuhada
No comments:
Post a Comment