tak nak coret panjang2..
korg2 yang bakal jadi ENCIK SUAMI tu baca tau..
nanti boleh jadi kesayangan CIK ISTERI..
bukan mudah nak ambik hati org pompuan ni..
susah tahu..aku pompuan aku tahu la..
hakhak..
cepat kita skodeng kat bawah..
hehehe
selamat membaca..
1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri
akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau
keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri
sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri
hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.
2. Menghargai
Semua
manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang
selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan
selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh
isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan
kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang
isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat
kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak
dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada
marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan dari
isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang
lagi.
4. Menerima pendapat isteri
Suami
sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi
sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika
pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik.
Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama,
tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang
diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri sendiri
Kalau
suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami
juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara
pemakanan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di
tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah,
kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah
semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih
atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri
mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang ,
perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang
dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya
pada waktu tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan, atau hari ulang
tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan .
8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman
yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan
melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami
masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya
isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi
alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai
rumah tangga.
alahai romantik benor..
suka aku nengok..
berangan je la ko kiah oii..
huhuhu
salam sayang
Adda Syuhada
No comments:
Post a Comment