Sebenarnya menjadi seorang isteri
lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah
sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar
menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri
menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami.
Sebagai
seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai
isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami.
Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti
kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan
yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri
yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana
mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri
yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami.
Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya.
Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan
ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi
bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak
berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah
sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet
bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami
diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat
keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya
isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’.
Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan
perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak
akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami
hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan
cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja,
beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri
mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka
terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak
pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang
kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi
mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa
tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan
galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini
seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan
kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan
kegemaran suami.
Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi
hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan
makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang
terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri
yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum
suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu
pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out
station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah
tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan
di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami
anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat
pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri
perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej
suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat
tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami
anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga
sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami
apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda
menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan
membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan
keluarganya.
hehehe
bahagia tak tengok..
sejuk ja mata ni mandang..
hohoho
salam sayang
Adda Syuhada
No comments:
Post a Comment