Thursday, November 28, 2013

Resipi Spaghetti Carbonara Creamy yang Yummyyy

Hari ni teringin nak makan western..
bukan selalu kan nak masak2 yang western ni..hikhik..
al maklum la perut kampung memang kena masuk nasi jugak walau sebiji..
eh sebiji tu tipu sangat la..cuma nak gambarkan yang WAJIB hadap nasi walau sekali dalam sehari..huhuhuhuuuu..
jom kita tengok resipi mudah masak Spaghetti Carbonara Creamy yang yummyyyy..wiwiwiwi


Bahan-bahan :

1 bungkus spaghetti
1 bungkus ayam / danging cincang (rebus dan simpan air rebusan)
8-9 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (potong dadu)
1 tin sos Campbells Mushroom
1 sudu Mentega
cendawan butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Garam secukup rasa
Serbuk Lada Putih secukup rasa
Parmesan cheese

Cara-cara : 

1)Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Panaskan sedikit mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
3) Masukkan ayam/daging dan biarkan seketika.
4) Masukkan sos Campbells Carbonara Mushroom.
5) Masukkan cendawan butang.
6) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air rebusan ayam/daging. Biarkan seketika.
7) Masukkan lada putih dan garam secukup rasa.
8) Siap untuk dihidangkan, tabur Parmesan Cheese ke atas hidangan.



Jom kita makannnnn... 
Spaghetti Carbonara Creamy yang yummyyyyy..
selamat mencuba..

8 comments:

Niena Reen said...

Ish2 terliur jadinya. Lapar lapar lapar. :D

Nao Mei said...

hihi...akak memang suka nie..huhu...
sedap sangat :)


klik nuffnang

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. nampak sedap tu.. :D

Addasyuhadadisini said...

niena..jom2..kita makan..:))

Addasyuhadadisini said...

nao mei..a,a..sma la mmg feberet..:))

Addasyuhadadisini said...

miss aiza..mmg sdap akak..:))

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

@Addasyuhadadisini
nak kena cuba lepas ni..

tshihmin11 said...

Adda, saya sudah klik nuffnang ads kamu. Tolong klik nuffnang ads saya yang paling atas itu di http://tshihmin.blogspot.com.