Thursday, November 28, 2013

Resipi Spaghetti Carbonara Creamy yang Yummyyy

Hari ni teringin nak makan western..
bukan selalu kan nak masak2 yang western ni..hikhik..
al maklum la perut kampung memang kena masuk nasi jugak walau sebiji..
eh sebiji tu tipu sangat la..cuma nak gambarkan yang WAJIB hadap nasi walau sekali dalam sehari..huhuhuhuuuu..
jom kita tengok resipi mudah masak Spaghetti Carbonara Creamy yang yummyyyy..wiwiwiwi


Bahan-bahan :

1 bungkus spaghetti
1 bungkus ayam / danging cincang (rebus dan simpan air rebusan)
8-9 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (potong dadu)
1 tin sos Campbells Mushroom
1 sudu Mentega
cendawan butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Garam secukup rasa
Serbuk Lada Putih secukup rasa
Parmesan cheese

Cara-cara : 

1)Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Panaskan sedikit mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
3) Masukkan ayam/daging dan biarkan seketika.
4) Masukkan sos Campbells Carbonara Mushroom.
5) Masukkan cendawan butang.
6) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air rebusan ayam/daging. Biarkan seketika.
7) Masukkan lada putih dan garam secukup rasa.
8) Siap untuk dihidangkan, tabur Parmesan Cheese ke atas hidangan.



Jom kita makannnnn... 
Spaghetti Carbonara Creamy yang yummyyyyy..
selamat mencuba..

Sunday, November 17, 2013

Pantai Medeka dan ABC Giant yang debakkkk serta Baboommm


Tengok tajuk macam gempak jer kan..hikhikhik
siapa pernah sampai Pantai Merdeka tepuk tangan ramai2..
aiseh macam ramai je kan yang baca blog adda ni..
sampai Pantai Merdeka ni dah petang..
jalan2 tengok suasana pantai..ramai jugak petang2 cenggini kat sini..
kat sini boleh ja adakan aktivi memancing, perkhemahan ataupun riadah dengan keluarga..
mengeratkan silaturrahim dan ukhwah kan..hehehe..


taraaaaaaaaaaaaaa..
ni la ABC Giant yang memang besar dabakkk dan baboommm..
kalau makan sorang memang kembong perut..
adda kongsi 2 orang pun tak habis..
sangat besar dan sedappp..
dekat atas tu diaorang letakkan aiskrim..
sejuk peruttt ibu mengandung..ehhh..tetiba ja kan..
setiap mangkuk ABC ni harganya RM5..
semua kat meden selera di Pantai Merdeka ni ada ABC ni..
kalau hari bekerja selalunya jam 3 petang ke atas baru mula dijual..
hari sabtu dan ahad pagi dah ada ABC ni..
sesapa yang suka makan ABC cepat serbu lepas ni..
memang tak menyesal kalau cuba..hikhikhik..

Sunday, November 10, 2013

Gemilang Burger Terbaikkk


Cuti minggu lepas kuar jenjalan cari makan..
asalnya nak pergi makan Meatball Abang Burn tapi last2 tukar plan makan kat Gemilang Burger..
kalau kat Alor Star memang kedai burger paling femes..
sebut je Gemilang mesti semua tahu..
ada 3 cawangan tapi semuanya berdekatan..
selalunya adda makan kat Gemilang Burger tepi sungai depan Stadium Darulaman tu..
cepat dan memang pantas..
walaupun nama kedai macam jual burger je tapi kat sini ada banyak menu..
lebih kepada Western Food..


ni antara menu yang ada kat Gemilang Burger..
harga pun berpatutan..
yang paling penting sangat sedappp dan terbaikkk..


adda makan Chicken Chop 
memang terbaikkkk..
selain burger yang femes kat sini
Chicken Chop pun antara yang terbaik..

Tembikai Laici..
oleh disebabkn dahaga sampai ja air terus minum..
lepas tu baru ingat nak snap pic..
hehehe

 ni menu kawan adda
Lamb Chop..pun sedapp jugak..
selalunya adda tak boleh telan yang berkaitan kambing tapi yang ni boleh masuk tekak..
sangat besttt..

Carrot Susu..
gambar kabur sebab guna kamare phone biasa ja..sob..sob..


Adda tambah Fun Fries dan Coleslaw tapi coleslaw tak sempat ambik gambar..hehehe..
coleslaw sama ja macam dalam pinggan chicken chop adda tu tapi saja tambah sebab yang dalam tu tak cukup..hikhikhik..

dah habis makan jalan2 jap kat Uptown Stadium..
saja ja jamu mata..tak beli apa pun..
lepas tu terus balik..
..zzzzzzzzzzzzzzzz..

p/s: Salam Maal Hijrah 1435 untuk semua..klau ada salah dan silap sepanjang mencoret kata2 disini adda mohon ampun bnyak2..walau lambat sikitttt ucap tapi tetap adooo kan..hikhikhik..

Sunday, November 3, 2013

Tips Dapatkan CPUV / BE dari Nuffnang


Entry kali ni adda nak kongsikan tips untuk dapatkan CPUV / BE dari Nuffnang..
mula2 buat blog dulu pun hanya suka2 dan tolong ajar kawan..
lepas dah lama rasa seronok ja kongsi macam2 dalam blog..
ramai yang kata dengan blog boleh dapat duit kan..
dan adda memilih Nuffnang..
jom checkidaoutttt..


Kekal atau Tingkatkan Trafik Blog 


 ~ yang ni mesti dan wajib kalau korang nak dapatkan BE dari Nuffnang..memang susah nak kekal atau tingkatkan trafik blog tapi korang kena la rajin..rajinkan diri update blog dan semestinya entry tu atas penulisan diri sendiri..jangan la copy paste je dari entry orang..rajinkan diri blogwalking dan kenal kawan2 baru..yang paling penting jangan sombong..korang kena maintainkan trafik ni melebihi 100uv setiap hari..hihihik


Kekalkan Status Glitterati

~Kalau korang dapat status ni, kiranya korang ni lebih diberi keutamaan oleh pihak Nuffnang..macam mana nak kekalkan status Glitterati ni..yang pertama korang tak boleh curang dengan pasang iklan yang Nuffnang mencikkk..korang kena rajin update blog..Sekurangnya seminggu tu korang update entry..tak kisah korang nak update pasal apa..janji update dan blog tak bersawang..


Rajinkan Diri Update Survey


~Dulu adda tak tahu yang benda ni penting..tak pernah pun update..hikhik..lepas dah tahu tahap kepentingannya terus ja lelaju update..kalau tak penting takkan Nuffnang sediakan ruang ni yerr takkk..dengan updatenya survey ni pihak Nuffnang dan penaja akan tahu tahap dan kesesuaian untuk letakkan iklan di blog korang..


Hantar Ticket pertanyaan atau cadangan


~Rajinkan diri hantar ticket kepada Nuffnang..korang boleh tanya dalam bahasa melayu atau english..pihak nuffnang tak kisah sebab diaorang faham tapi nanti jawapan dari pihak nuffnang adalah dalam english..antara soalan yang korang boleh tanya kenapa blog saya tak dapat CPUV lagi..macammana saya nak dapatkan status glitterati..apa saja pertanyaan korang boleh tanya supaya pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog korang dan betapa korang sebenarnya wujud dia alam maya ini..tediaaa ayat..mihmihmih..tanyalah apa-apa saja dan pastikan ianya berkaitan dengan Nuffnang dan iklan di blog..


Jangan Curang Dengan Nuffnang

~Jangan ingat bercinta dengan orang ja ada curang..dengan nuffnang pun kita kena bercinta jugak..hikhikhik..Apakah yang dimaksudkan dengan CURANG dengan nuffnang..Macam ni,bila korang dah letak iklan Nuffnang dekat blog..korang jangan pulak gataiiii tangan nak letak iklan dari pihak pengiklanan yang lain..korang kena setia dengan Nuffnang je..tapi kalau macam churpchurp tu takpe lah sebab churpchurp masih di bawah Nuffnang..kalau korang nak letak jugak korang boleh hantar ticket kat pihak nuffnang tanya dan pastikan iklan dari pihak lain tu nuffnang tak mencikkkk...


Jangan Klik Iklan Sendiri

~Jangan sekali-kali untuk klik iklan pada blog sendiri..jangan sangka pihak Nuffnang tak tahu perbuatan buruk anda..Nuffnang boleh tahu daripada IP address atau kekerapan klik yang dibuat dan pattern klik yang dilakukan, pihak Nuffnang boleh banned akaun anda..dulu waktu tak tahu ada jugak adda klik sendiri..kononnya nak tambah UV tapi memang pihak Nuffnang tahu..jadi pada anda2 di luar sana nun jgan buat begini ya..buruk padahnya..hohohoho


ini antara tips2 yang adda gunakan untuk dapatkan CPUV / BE dari Nuffnang..
In shaa Allah apa pun yang kita lakukan dengan ikhlas..
mesti ada balasan yang baik..lambat atau cepat tu bergantung pada cara dan usaha kita..
alhamdulillah..moga tips ni berguna untuk semua..:))))

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit". (HR Tirmizi)