Monday, October 21, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Semalam godek2 kat google cara nak masak puding karamel tanpa telur sebab mama adda tak suka bau hanyir telur yang kita letak dalam kek atau kuih2..
adda nak buat untuk bezday mama jadi msti la kna msakkan makanan yang mama makan kan..
akhirnya jumpa cara nak buat puding karamel tanpa telur..
tengok bahan2 yang perlu guna..
sangat mudah nak cari dan simple nak buat puding karamel ni..
salin resipi dan esoknya terus cari bahan..
bahan yang kita nak guna untuk buat puding karamel ni tak perlu susah nak ke pasaraya besar..
korang juz ke kedai biasa pun dah bleh jmpa bahan2nya..
jom checkidaout..lalalalala..

Bahan-bahan untuk Caramel :~
2 senduk gula pasir
1/4 cawan air 





Cara-cara buatnya :~
1. Gunakan kuali, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan. Jangan lama sangat nanti gula tu hangus dan jadi pahit.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api.
3. Tuangkan caramel kedalam bekas/acuan pudding yang korang nak guna.

gini yer caramel tu nanti

Untuk Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara buatnya :~

Untuk Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan yang ada agar pudding anda cantik dan licin tidak berkedut..kihkihkih..


2. Ambil kuali, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.


3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api.


4. Tuangkan pudding dalam bekas/acuan yang berisi caramel tadi.

5. Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.




Abaikan dapur yang berselerak tu uolsss..

adda suka letak dalam bekas kecik2 lagi senang nak makan..

tak perlu nak potong2 dan kongsi karamel..hehehe

cer la try buat uolsss..

dijamin cuba sekali akan buat berkali2..wiwiwiwi

5 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedap makan sejuk-sejuk tu.. :D

Addasyuhadadisini said...

@Miss Aiza..btul kak..sdap sngt.. :))

Cik Puan Rara said...

oooo yang ni mmg xyah kukus ye?

Addasyuhadadisini said...

Cik Puan Rara..yup..juz masak dan masukkan dlm bekas..tggu sejuk dan boleh makan..

Faizal Mohamad Twon Tawi said...

saya pun suka makan...memang sedap..