Tuesday, February 5, 2013

Maksud nama bayi lelaki dan perempuan terkini

hari ni adda nak kongsi maksud nama untuk bayi lelaki dan perempuan..

sebenarnya kawan adda yang request..

dia suka tengok nama bayi zaman sekarang..

kalau dulu nama yang paling simple tu la jdi pilihan sebab senang nak ingat dan panggil..

awang..peah..joyah..bedah..simple kan..

kalau nak sedap dengar skit letak ja bunga..melur..melati..mawar..

tapi bila makin berubah zaman makin moden nama anak dan bayi yer..hehehe

letak la nama macam mana pun,kalau boleh pilih lah nama nama pilihan yang elok untuk bayi atau anak kita..

dan biarlah ada makna disebalik nama tu kan..

moga peribadi dan pekerti anak kita pun mengikut nama yang dah kita pilih tu..

Dibawah ini adda senaraikan nama-nama anak atau bayi lelaki dan perempuan dari gabungan kombinasi atau dari cantuman 2 nama terpilih..

harap-harap ianya sedikit sebanyak membantu bagi ibu dan ayah kat luar sana memilih nama yang baik..

adda cari makna ni berdasarkan search di tenet (google)..

jom kita tengok..

Nama Lelaki :

Izzul Haq : Kemuliaan yang haq, sebenar-benarnya kemuliaan

Fathul Islam : Pembuka, kejayaan Islam

Dhaifullah darwisy : tetamu Allah, warak

Khairul Ikhwan = Persaudaraan yang baik

Khairi Habibullah = Kebaikan, kekasih Allah

Khairul Amirin : Sebaik-baik Pembina

Khairul Harisin : Sebaik-baik pengawal

Syahiran syahmi : Terkenal, Mulia, berani, bijak

Syamsul Bahri : Matahari lautan

Taufiq Alhakim : Taufiq (Allah) yang Hakim (bijaksana)

Athallah Al-Fatih : Pembuka/ perintis kuniaan Allah

Affan Afif : Pendaki, Yang Bermaruah

Amir Harith :Raja Yang Bijaksana

Aniq Aisy : Yang Kacak Lagi Menawan Hati, Mewah Kaya Raya

Annas Asyraf : Kawan, Kemesraan, Yang Mulia

Amin Amaluddin : Yang Dipercayai, Cita Cita Agama

Afnan Akif : Hiasan, Yang Menumpukan Pada Sesuatu

Afiq Afandi : Yang Pemurah, Amat Berpengetahuan

Aiman Aminin : Yang Bertuah,Orang Orang Yang Aman

Aiman Hakim : Bertuah,Bijaksana

Ameer Amiruddin : Ketua , Pembela Agama


Nama perempuan :

 Izzatul Arissa : Kemuliaan Yang Kuat 

Annur Sofia : Cahaya Menawan

Naura Auni : Bunga Yg Bersahaja Dan Lemah Lembut

Hanina Maisarah : Ketenangan, Nyaman, Kemakmuran, Kekayaan

Alya Jazilah : Ketinggian/Bijak Bercakap

Alya Adriana : Ketinggian, Nisbah

Dalili Fahimah : Pemimpin/Yang Bijak

Dhia Syarafana : Cahaya/Kemuliaan

Izzah Insyirah : Kemuliaan/Kegembiraan, Lapang Hati

Wafa Thahirah : Kesetiaan/Yang Suci

Widad Kamilah : Kasih Sayang/Yang Sempurna

Durrotun Nashihah : Mutiara Nasehat

Rahadatul ‘Aisy : Kemakmuran Hidup

Miskiah Musfirah : Seharum Kasturi Yang Cantik Berseri

Raisha Nur Adelia : Pemimpin Raja Menerangi Keadilan Kita

Nur Aini Aqilah : Cahaya Mata Yang Cerdas/Pandai

Nur Aini Afiqah’ : Cahaya Mata Yang Sangat Pemurah/Berpengetahuan

Darwisyah Yusrah’ : Ahli Tasawuf Lembut, Kaya

Alisha Zara : Puteri Yang Dilindungi Tuhan

Rashidatul Ashikin : Petunjuk Kepada Yang Mencintai

Nur Adriana Marissa : Kadar Cahaya Seorang Yang Bersopan Santun

Nur Alina Zara : Cahaya Puteri Ketinggian Kami

Nur Irdina Zahra : Cahaya Putih Kehormatan Kami

Nur Afeeya Rafhanah : Cahaya Segar Yang Hidup Mewah Dan Bahagia

Afeeya Khatijah : Semangat Isteri Pertama Rasulullah SAW 



Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”







alahai comelnya awok-awok sume ni.. ^__^
 

Monday, February 4, 2013

Petanda Si Dia ‘Pasang Dua’


Mempertahankan sesebuah hubungan bukanlah sesuatu yang mudah..
Kadangkala kita tidak terlari dengan nasib ‘diduakan’ ataupun dikhianati oleh sang kekasih..
sebelum nasi menjadi bubur, mari kita sediakan payung sebelum hujan
takut dah hujan nanti x boleh lari balik ambik payung dah..hehehe
maksudnya nak patah balik ke balakang mmg xkan ada pluang..
sebab masa xkan berundur sebaliknya semakin ke depan..
Jom cepat-cepat intai kat bawah ni
 petanda si dia mula ‘pasang dua’



Gerak hati yang berkata-kata

Pernahkah kamu mempunyai gerak hati yang kuat padanya mengatakan si dia curang di belakang kamu ? Mungkin sesetengah berpendapat gerak hati ada kalanya ia hanyalah mainan perasaan sahaja. Namun, tidak di nafikan juga yang adakalanya ia sebenarnya benar-benar terjadi. Jadi, sekiranya kamu mempunyai gerak hati yang berkata-kata, berwaspadalah dan eloklah jika kamu mula ‘berhati-hati’ dengan si dia!

Si dia mula mengelakan diri

Jika dahulunya si dia selalu ada bersama kamu di saat susah dan senang, kini ada sahaja alasannya untuk mengelakan diri dari kamu. Hmmm, Jika situasi bergini terjadi pada kamu, kamu harus selidik adakah si dia benar-benar sibuk hinggakan si dia cuba mengelakan diri dari kamu ataupun sebaliknya.

Gangguan dari Panggilan dan nombor misteri

Sedang kamu berdua meluangkan waktu bersama, tiba-tiba kamu dikejutkan dengan satu panggilan ataupun nombor misteri dari telefon bimbitnya dan si dia pula mula nampak gelisah. Hmm, nampaknya macam ada sesuatu sahaja yang si dia cuba sembunyikan dari kamu. Baik kamu berjaga-jaga dan pantau siapa yang sentiasa hubunginya.

"From zero to hero"

Kebiasaanya si dia hanyalah seorang yang biasa-biasa sahaja, tetapi sejak kebelakangan ini si dia mula bersikap ala-ala si hero dan cuba menjadi seseorang yang lain seperti berkata-kata manis, suka memberi hadiah, dan asyik memuji kamu. Di saat itu, mungkin kamu perlu pasang mata dan telinga. Bukan apa, ada sesetengah lelaki yang akan berkelakuan seperti itu untuk mengaburi mata pasangannya.

Cuba membanding-bandingkan kamu

Bila si dia sudah menemui seseorang yang jauh lebih baik dari kamu, dia akan cuba membanding-bandingkan kelemahan kamu dengan orang lain. Mula lah si dia akan kata “awak tengok dia tuh, cantik dan menarik je, tak macam awak, selekeh betul!”. Jadi sebelum apa-apa yang akan berlaku dan hati kamu di kecewakan baiklah jika kamu ambil langkah yang sewajarnya dan buatlah keputusan yang terbaik.