Thursday, April 18, 2013

Siapa Wanita Cantik



Hai uollss.. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis untuk tatapan kita bersama..sama2 berkongsi untuk perubahan kita ke arah yang lebih baik..In Shaa Allah..sama2 kita doakan yer..cepat atau lambat akan ada perkara baik yang memang Allah sediakan untuk kita..Siapa Wanita Cantik??? Saya memang cantik dan comel..kihkihkih..nak jgak kawww..memang masuk bakul angkat sendiri ni..tapi kalau kita tak puji diri sendiri siapa lagi nak puji..tak salah puji diri tapi jangan la sampai menimbulkan riak dan perasaan tak senang di pihak orang lain..Tetiba kan..

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU..ini yang sebenar-benarnya..tak perlu pakai bedak smpai berkilo2 semata-mata nak tutup cela kita..sekali tengok dah macam hantu gomakkkk..orang yang tengok pun mesti terumpat..aish kan sama2 dah menempah berat di bahu kiri tu..cukuplah sekadar makeup yang nipis untuk menambah keyakinan diri..hihihihihi..adakah anda cantik luar dan dalam..jom kita tengok siapa yang cantik tu..Wanita cantik ialah..

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tak yang orang perempuan ni kalau ada masalah, orang tak tahu dia ada masalah melainkan dia yang meluahkan..kenapa!!!!!..sebab walau dia sedang sedih atau tertekan dia akan tersenyum..tak nak bagi orang tahu dia ada masalah..kadang2 airmata mengalir tapi tetap cakap okeyyy dan tersenyum..korang pernah tak jadi macam ni..Adda pernah tau…lepas tu baru terfikir..ehhh betul ke tak aku ni..kihkihkih..susah kan nak faham orang perempuan ni walaupun aku juga wanita..kihkihkih..

TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
part ni memang sokong 200%..why?why?why?..bukan senang nak tertawa saat hati terluka dan menangis..tapi kita selalu bersikap macam ni sebab nak menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekeliling kita..kan..kan..lagi-lagi keluarga dan orang terdekat..tadah tangan berdoa dan yakin pertolongan YANG ESA akan datang kat kita dan tetap yakin bantuan Allah tak pernah surut walau cepat atau lambat..lagipun tertawa ni satu terapi diri yang baik tau..

TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia lain..kita pakai selekeh pun orang mengata..tapi  pakai selekeh bukan tak ada duit okeyyy cuma tak nak membazir beli baju banyak2..alih-alih jadi pekasam dalam almari tu haaa..kan dah jadi manusia yang membazir..kihkihkih..pakai cantik pun orang mengata tapi kau orang tahu ke apa sebabnya orang pakai cantik..mana la tahu dia nak pergi temuduga dan memang la pakai yang cantik untuk keyakinan diri dan menampakkan imej yang baik..tapi walau kau hina banyak mana pun wanita yang cantik ni dia tetap tabah terima penghinaan korang..sebab mulut orang kita tak boleh tutup..ucap ja Alhamdulillah secara tak langsung kita dah ucap syukur pada Allah Yang ESA kan..

MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
yang ni memang susah nak buat.. senang2 ja korang buat salah lepas tu datang minta maaf..ehhh..kalaupun mulut kata dah maafkan tapi hati kita ni betul2 ikhlas ke nak maafkan sesenang tu ja..kita ni memang manusia biasa dan bukan nabi yang memang kita sedia maklum punyai sifat yang terpuji tapi apalah salahnya kita memaafkan..tak rugi kan..tak perlu keluar duit sekupang(sepulohsen) pun nak maafkan orang yang dah buat salah dengan kita..malah semakin mengeratkan silaturrahim lagi..ntah2 jadi BFF forever ke..kita tak nampak hikmah yang Allah sediakan untuk hari kedepan..lagipun ada pepatah, lebih baik kita buang yang keruh dan ambik yang jernih..baru tenang hidup..kihkihkih..SUBHANALLAH..

MENGASIHI TANPA BALASAN
Sangat senang kan nak kasihkan orang tapi sangat susah tanpa mengharapkan balasan..yela dah kita sayang dia mesti la kita nakkan dia pun sayang kita balik..selalunya kita akan kasihkan keluarga, suami,anak-anak lebih dari apapun..memang ikhlas dari hati dan tak dibuat-buat kan..kan.. ke ada yang memang mengaku sayang tapi sebab nak sesuatu jer..korang tak macam tu kan..MESTILAH TAK!!!..dan dengan mengasihi mereka2 ni akan buatkan kita lebih kuat dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang..memang kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah…moga kita salah seorang dari wanita ini..Amin..

BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Korang percaya tak bila kita susah perkara pertama terlintas dalam otak adalah berdoa kat Allah..tak kira la dalam solat atau masa duduk sensorang..dan waktu ni la kita akan berdoa seikhlas hati mohon Allah makbulkan doa kita..mohon Allah mudahkan dugaan, mohon Allah kuatkan hati kita, mohon Allah tunjukkan yang terbaik, mohon Allah lebihkan tabah dan sabar..pendek kata pengharapan kita pada Allah dalam doa yang kita panjatkan..teruslah berdoa kerana tanpa kita sedar dengan berdoa kita semakin rapat dengan Allah dan tak melupakan Dia pencipta kita..dan kita akan kuat sebab kita tahu Allah takkan tinggalkan kita walau kita susah atau senang..Alhamdulillah..
Cantik itu subjektif..lalalalalaaaaaaa…




10 comments:

NARDtheNERD said...

tapi orang sekarang ni pandang muka je.. sampai terlupa yang dalaman ni..
huuu :)

Addasyuhadadisini said...

nard..sebab tu kita jgan kdi mcm mereka yg pandang rupa ja..hehehe..ikhlas trima seadanya.. :)

Ahmad Kamil said...

wow...very nice entry..=)

Parody Trailer Iron Man 3

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/trailer-iron-man-3-tanpa-cgi.html

Addasyuhadadisini said...

ahmad kamil..terima kasih.. :)

Nadratul Syazwana said...

Cantik itu memang subjektif kan. Tiap org ada kelebihan and kekurangan masing-masing..

Addasyuhadadisini said...

nadratul..yup btul..kita la kna pndai menilai..bukan tengok luaran je.. :)

Siti(zoey) said...

wanita cantik luar dan dalam :)

Nasuha said...

Satu perkongsian yang amat menarik..

Addasyuhadadisini said...

siti.. yup..semuanya perlu dijaga kan.. :)

Addasyuhadadisini said...

nasuha.. terima kasih.. :)