Tuesday, March 5, 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.
Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

8 comments:

puteri kasih said...

sama-sama kita doakan mereka disana

Addasyuhadadisini said...

puteri..ya dan diharapkan kli ni tiada lgi nyawa yg terkorban..sedihh..

✿ Hasnie Adda ✿ said...

setiap kali dengar ad yang terkorban mesti meremang bulu roma . tak sangka terjadi benda cam ni kat malaysia .

Ujud Al-ikhwan said...

Aamiin, insyaALLAH mereka mendapatkan tempat yang layak disisi Allah bila mereka gugur di medan perang.

suesue said...

Aminn ya Rabb.moga Allah pelihara semuanya..

Addasyuhadadisini said...

hasnie adda..x sgka kan nak jdi kat m,sia..selalu tngk negara lain ja..

Addasyuhadadisini said...

ikhwan..amin..yup Allah akn bgi gnjaran sbb pertahankan negara..

Addasyuhadadisini said...

suesue..amin..moga dimudahkan..