Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari?
Dirimu  sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun  itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu  sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah.
 Seharum mana  pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu,  lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. 
Halusnya  butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat  menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat  daripada bongkah-bongkah batu yang besar. 
Kau menepis dengan penuh sabar  setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir  mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. 
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu  -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan  senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti  kesabaran.
 Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing  yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang  singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak  pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu  di setiap langkah yang kau atur. 
Jangan sesekali kau biarkan anasir  songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung  hanya kerana nikmat duniawi semata-mata.
 Jangan kau gadaikan maruahmu  yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak  mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan  sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali  langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. 
Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup  bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. 
Jangan  bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di  dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika  dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu.
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar  keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku.
 Biar  kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu.
Jadilah kita wanita paling bahagia.
 Peganglah kata kata ini,  
 
 
 





1 comment:
jadilah sebaik2 wanita kerana indahnya hanya kita yg rasa...
Post a Comment