Wednesday, May 13, 2015

Masa Periksa / Exam


Assalamualaikum..

Sekarang ni minggu periksa pertengahan tahun..

Kalau diikutkan masa ni la iols free sesangatnya..

Boleh rehat sikit kan sebab semua duduk dalam kelas dan jawab exam..

Tapi disebabkan ramai guru tak ada..

Iols kena jadi guru ganti/relief..

Adoiii..rasa macam tak kena dengan jiwa ja..

Iols tak kan pandai marah..

Kang ada yang meniru ke apa..guana tu..

Tadi dalam dok edar kertas exam ada lagi yang kalut tengok nota..jalan2 kat meja kawan..sembang kuat padahal iols tengah edar kertas exam kan..

Sekali iols jerit..
"Semua duduk kat meja masing2,jangan sembang sebab exam dah nak mula ni"

Terkedek2 la dioarang balik ke meja masing2..

Masa exam 2jam setengah..

Apa la iols nak buat dalam masa ni..konpem syaitan dok gayut kat mata nanti suruh buat taik mata..hihihi

Dah la bateri handset nak out..adoii..

Dalam dok fikir2 tu ternampak sorang budak ni..

Duduk meja paling depan pusing ke belakang nak tanya kawan kot..

Iols kan x pandai marah..hehehe

So iols tenung je dia lama2..terus tunduk bawah pandang kertas dia kot..

Ingat zaman kita dulu2 mesti bawa toyol xpun sedia kertas nak baling ke kawan atau selit celah liquid paper pastu pas kat kawan belakang kononnya nak pinjam liquid..hahahaha

Nakalnya ilos dulu2..jangan korang dah baca ni cuba praktikkan pulak apa yang ilos buat..

Bila dah jadi guru bidan terjun ni baru rasa macam mana perasaan guru kita kan..

Untuk adik2 semua..jangan amalkan budaya meniru ni..tak berkat tau keputusan yang kita dapat..

Kalau kita buat sendiri dari mula hingga akhir mesti rasa kepuasan bila dah dapat result nanti sebab semua usaha kita kan..

So selamat menjawab exam pada adik2 semua..

Moga kejayaan selalu mengiringi perjalanan korang..

AMIN..AMIN..AMIN..


1 comment:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)