Wednesday, March 27, 2013

Kalau Allah Izinkan


Kalau Allah bagi Adda buat permintaan..
Adda teringin nak tidur sehari ke dua hari ke tiga hari ke tanpa terjaga..
eh apa banyak hari sangat..
jangan bangun terus la..ishh..choii mulut..
napa Adda buat permintaan mcm tu..
sebabnya Adda jenis ssah nak tido..
malam2 semua orang tido Adda still lagi terkebil2 depan TV atau lappy..
walaupun ngantuk tapi mata tak nak terpejam..
sangat susah okeyy...dah mcm penyakit Insomnia..
ehhh Adda ada ke sakit tu..tak..tak..tak..
tapi kalau dpat tido even 5 minit bla dah terjaga mmg ssah dan ambik msa nak tido balik..
bila fikir2 balik..kalau tido tanpa terjaga nanti..
banyak yang Adda terlepas..
tak dapat borak ngan mama..mlm2 selalu je berkepit tepi mama..mcm2 benda nak cita..
tak dapat dengar mama bebel..walaupun mama suka bebel tapi angah tahu mama syg sume anak2 mama..angah pun syg mama..(lapairmata)
tak dapat tengok abah yang rajin berkebun..lari2 kejar ayam dan itik terlepas..hukhuk
tak dapat gaduh ngan adik2..angah sayang korang tau walaupun angah garang
tak dapat arah adik2 buat itu ini.."adik ambilkan angah air..ehh air tumpah..cepat dik ambil kain buruk.."cian ke ko dik tapi bertuah tau..dapat pahala tolong angah..hehehe..
tak dapat makan masakan mama yang mmg marvelous..sedap sampai berat naik pun x sedar..
tak dapat peluk bear2,bantal bucuk (nama je bucuk tapi wangi tau)..
tak dapat cakap2 ngan en cinta..mesti awak rindu Adda nanti kan, kan..
..sobs..sobs..sobs..
yang paling penting Adda tak dapat ngaji malam2 lepas solat..
banyak yang terlepas..terus terfikir ruginyaaaaaaaa..
tak jadi la..tarik balik..permintaan lain..fikir..fikir..
Allah has a perfect plan for us.
He never does it all at once, just step by step because he wants to teach us to walk by faith, not by sight..
lalalalala...zzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 21, 2013

Tentang Seseorang


Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri..
Tak semestinya 100% betul..
tetapi ada sedikit kebenarannya disitu kan..
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.
5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.
6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. 
 Agak2 korang yang mana?cer comment.. ^_^