Thursday, October 31, 2013

CPUV dari Nuffnang



Alhamdulillah adda dapat lagi CPUV dari Nuffnang..
baik hati betul nuffnang bulan ni dengan adda..
tak berhenti CPUV yang masuk..
kiranya tiap2 minggu nuffnang hadiahkan CPUV untuk blog kesayangan adda ni..
Terima kasih Nuffnang dan panaja yang sudi pilih blog adda..
sayang ketat-ketat + rapat-rapat..hikhikhik..
biar la CPUV bertapak lama2 sikit...nanti mesti adda bertambah sayang..mihmihmih..

antara penaja yang sudi pilih blog adda dan bertapak sekarang kat sini


DiGI Prepaid Project Zoom 

Nestle Drumstick 

Sunsilk Samson S 

INTI Rebranding Campaign 

THOR 2 GSC PARTNERSHIP 

Sony Xperia Z1


Terima kasih jugak pada yang sudi klik iklan adda..
sudi tambah tabungan adda..
sudi singgah blog picisan adda ni..
sudi baca entry2 adda..
tanpa anda semua tak kemana la blog ini..
Sayang korang semua ketat2 jugak..
dalam hati rasa sebak je..tapi muka gembira..hikhikhik..
nanti kalau sengaja singgah..tak sengaja terjenguk sini..
rajinkan la tangan tu klik iklan adda..
kalau yang blogger bleh tinggalkan jejak..
adda akan cepat2 ke blog anda dan klik iklan anda..
pada yang bukan blogger moga Allah balas kebaikan anda kerana murahkan rezki adda..
idiosssssss... :)))))

Wednesday, October 30, 2013

WW : Kawan



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

P/S : Bersyukurlah punyai kawan yang baik dan wujud dalam kehidupan kita..hargai mereka dan jadilah kawan yang baik sepertimana mereka mejadi kawan yang baik buat kita.. :))

Sunday, October 27, 2013

Pasar Kemboja dan Mee Udang Kuala Sepetang


Korang pernah sampai tak Pasar Kemboja di Parit Buntar..
adda selalu jugak dengar tapi tak pernah sampai..
tetiba kawan ajak pergi..
macam pucuk dicita ulam mendatang la...
terus ja setuju..heehehe
Pasar kemboja ni letaknya di Parit Buntar Perak..
sempadan je dengan Penang..
bagi kaum hawa macam adda seronok la kalau datang sini..
boleh borong tudung, kain pasang, blaus, skirt dan macam2 lagi..
macam pasar pagi la tapi kalau nak dapat harga yang murah kena beli borong..
beli  6 ke atas atau sekodi memang dapat harga yang murah baboooommm sangat..
kebanyakan adda tengok peniaga yang beli..


semua tudung trend terkini ada kat sini..
yang paling best boleh dapat harga yang murah daripada kita beli kat tempat lain..




blouse ,skirt, palazo, kemeja sumua ada..
Skirt mermaid kalau sehelai Rm25 tapi kalau ambik 6 helai boleh dapat harga RM17..
ataupun boleh campur dengan Peplum atau Fishtail Blouse tetap harga yang sama..
sangat murah dan berbaloi..
adda sempat la rembatt 3 skirt 3 peplum fishtail..
rambang mata kalau datang sini..tak tahu nak pilih yang mana sebab murah sangat..hikhikhik..


ni kain pasang..kena ambil sekodi..ada 10helai rasanya..
sekodi ni dalam harga RM150 ke ats la..
ikut jenis mana yang kita nak..
ada yang boleh campur..ada yang memang sama pattern ja..


Dah alang2 datang sini singgah makan di Mee Udang Kuala Sepetang..
dah lama teringin nak datang tapi tak berkesempatan
banyak kedai yang jual Mee Udang area sini tapi yang Mak Jah punya kedai ni paling Terbaikkk..
memang tak mengecewakan datang jauh2..


taraaaaaaa...besorrrrr tak udang kita..hikhikhik..
yang adda punya menu ni semangkuk RM12..
ada banyak pilihan bermula dari RM8 - 15..
bergantung pada besarnya udang dan pilihan kita..


adda asingkan udang dan mee..
baru senang nak makan..
rasa kuah sangat pekat dan sedappp..
terbaikkk sangat MEE UDANG MAK JAH..
lain kali mesti datang lagi..tengah menaip pun terbayang ja di mata ni..mihmihmih..


udang ada 6ekor..puas ratah udang..semuanya yang segar dan baru lagi..
 mee kat sini dibuat sendiri tau..kecik dan lambat kembang tak macam kita makan mee yang beli kat kedai..


sebelum balik kita bergambar dulu..kenangan dan tanda pernah datang ke sini..wiwiwiwwi

Thursday, October 24, 2013

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA



Banyak makan epal yang sudah masam.

Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan. 

Banyak makan bawang besar. 

Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering. 

Memakan kepala ikan. 

Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. 

Makan sehingga terlalu kenyang. 

Makan makanan yang disentuh oleh tikus. 

Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah. 

Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam. 

Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Wednesday, October 23, 2013

WW : Pengorbanan











Monday, October 21, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Semalam godek2 kat google cara nak masak puding karamel tanpa telur sebab mama adda tak suka bau hanyir telur yang kita letak dalam kek atau kuih2..
adda nak buat untuk bezday mama jadi msti la kna msakkan makanan yang mama makan kan..
akhirnya jumpa cara nak buat puding karamel tanpa telur..
tengok bahan2 yang perlu guna..
sangat mudah nak cari dan simple nak buat puding karamel ni..
salin resipi dan esoknya terus cari bahan..
bahan yang kita nak guna untuk buat puding karamel ni tak perlu susah nak ke pasaraya besar..
korang juz ke kedai biasa pun dah bleh jmpa bahan2nya..
jom checkidaout..lalalalala..

Bahan-bahan untuk Caramel :~
2 senduk gula pasir
1/4 cawan air 





Cara-cara buatnya :~
1. Gunakan kuali, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan. Jangan lama sangat nanti gula tu hangus dan jadi pahit.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api.
3. Tuangkan caramel kedalam bekas/acuan pudding yang korang nak guna.

gini yer caramel tu nanti

Untuk Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara buatnya :~

Untuk Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan yang ada agar pudding anda cantik dan licin tidak berkedut..kihkihkih..


2. Ambil kuali, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.


3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api.


4. Tuangkan pudding dalam bekas/acuan yang berisi caramel tadi.

5. Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.




Abaikan dapur yang berselerak tu uolsss..

adda suka letak dalam bekas kecik2 lagi senang nak makan..

tak perlu nak potong2 dan kongsi karamel..hehehe

cer la try buat uolsss..

dijamin cuba sekali akan buat berkali2..wiwiwiwi

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha @ Korban..




Persiapan korang macam mana..
Ada baju baru, kasut baru, tudung baru ke..
yang pastinya ramai akan korban dan tumbangkan lembu kan..
apa pun adda ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha..

p/s : MOod nak bercuti raya..hehehe.. :))))

Thursday, October 10, 2013

CPUV lagi dari Nuffnang


En Nuffnang baik hati bagi CPUV lagi untuk Adda..
alhamdulillah..
sekarang ada empat BE yang tengah running..
korang2 yang baik hati..
klik la iklan adda tu yer..
lepas tu boleh komen atau tinggalkan jejak anda..
nanti adda terjah blog dan klik iklan anda..
tolong menolaong kan amalan mulia..gitewwww
siapa la adda tanpa korang semua..
lap u semua manyak2(tangan dihati..mata terpejam)
hikhikhik..



Digi Prepaid Project Zoom

Olay JAS Bundle


SENHENG / SEN Q


SONY NEX 5-T



p/s : Terima kasih penaja2 sudi pilih blog picisan adda..biar la lelama sikit iklan tu bertapak ya..hihihi..

Tuesday, October 8, 2013

Aiskrim Oreo Handmade




Gambar ihsan en google..adda lupa nak snap pic..teruja sangat nak makan sampai lupa..dah habis masuk perut baru ingat gambar tak ada..maappp.lain kali adda buat adda tepek pic ye..hehehe

Bahan-bahan :

- setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)

- 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki) 

- 1 sudu ovalette (pastikan halalan toyyiban) 

- sedikit esen vanilla 

*Blendkan semua di atas bahan sampai gebu*

*Selepas itu gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan*

*Masukkan dalam peti ais(freezer)*

*Biarkan sehingga beku menjadi aiskrim*


Dah siap..jom makan..

tak payah keluar umah beli aiskrim..

homemade pun boleh uolsss..

mudah dan simple je kan nak buat aiskrim sendiri..

yang penting kerajinan nak mencuba tu ada..wiwiwiwi

Wednesday, October 2, 2013

Luvia - Jangan Menangis Untukku



Sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku t'lah memilih
cinta hanyalah satu
'Tuk dirimu

Namun apa yang t'lah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Reff:
Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Back to Reff

Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku