Thursday, August 29, 2013

Lagu Warisan : Sudirman



Lagu kegemaran adda kalau bulan merdeka ni..tak jemu dengar..dari dulu sampai sekarang..menusuk hati dengar lagu ni..terima kasih untuk pejuang negara kita dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara kita..sayang korang semua..:))))))
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Wednesday, August 28, 2013

WW : Selalu Bersyukur..Alhamdulillah



Bersyukur masih boleh melihat indahnya alam ciptaan Allah..
Bersyukur masih boleh mengucapkan kata2..
Bersyukur masih mampu melakukan tugas dengan sebaiknya..
Bersyukur masih diberi kesihatan yang baik..
Bersyukur masih menerima rezeki untuk meneruskan hidup..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Firman Allah :

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

“Dan katakanlah, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah.”

Tuesday, August 27, 2013

Cerita Raya Adda Part 2


Raya ketiga Adda tahun ni ke rumah zatul..kakaknya bertunang..

Cadangnya nak keluar awal sebab majlis bermula selepas zohor..

Tetiba hujan turun..so rehat2 kat umah sambil makan kerepek dan sembang dengan mama dulu..

Hujan berhenti pun dah pukul 3 lebih..

Teruskan juga la niat nak ke rumah zatul sebab dah janji kan..

Lagipun rombongan pihak lelaki dah balik..kurang la segan kami ni sebab sampai lambat..huhuhu

Kat sana diaorang tempah catering ja..

Ada nasi daging,dalca,sambal daging,acar timun,daging rebus,air asam,roti jala dan pencuci mulut apa adda tak ingat..yang pasti semua sedapppp…

Kuih raya tu memang wajib..hehehe..dah memang mood raya kan…

Sempat snap pic di mini pelamin ja..cantik dan simple..tema biru + putih..

jom kita layan gambar..

Adda..Zatul..Ajart(cik tunang)

Pandang siapa tu..hehehe

Ambik berkat..Asik2 ambik berkat ja kan..
Ambik bunga satu..wiwiwiwi

Si kecik ni kemain dia ketawa kan..
suka ja dapat snap gambar atas mini pelamin tu..

Eh2..cik tunang lagi..hehehe

comel tak kekitaaa ni..tutup muka :)))

Monday, August 26, 2013

Cerita Raya Adda Part 1


Macam mana sambutan raya korang..

Mesti best kan..berjalan sakan la yer tak..

Baju baru,kasut baru,beg baru,tudung/lebai baru..hikhikhik..

Adda sambut raya ala kadar ja..juz kuih raya dua jenis,kerepek dan ketupat palas..

Tahun ni tak sempat nak beraya macam tahun lepas..cuti raya 3 hari ja..

Raya pertama memang kat rumah seharian..

Raya kedua dan ketiga baru jalan2 ke rumah kawan..

Itupun boleh bilang rumah ja yang adda sempat kunjungi..huhuhu

First ke rumah saudara di kampung..memang wajib setiap tahun PakNgah Adda buat makan2 untuk semua keluarga..

macam2 ada..memang menambah berat dan lemak..hekhek..

Seterusnya ke rumah Cik Tunang Adda..

gosip macam2 cerita sampaikan tak sedar dah lewat nak ke umah seterusnya..hehehe..

Lama tak jumpa..sorang kat utara sorang lagi kat selatan..sekali dah jumpa tu yang rasa mcm masa mencemburui ja..





Sempat la snap pic kenangan untuk hari raya tahun ni..

Siap2 salam dan minta diri terus bertolak ke umah kawan baik adda..

Lupa nak snap pic kat sana..adda sampai pun dah lewat petang..

Borak pun kejap ja..lepas magrib terus bertolak balik..

Sebabnya member adda nak ikut ke rumah adda pulak..

Itupun kejap je dia datang..nak balik tolong maknya balut ketupat palas..

lepas diaorang balik terus ja mandi2 dan tidur...zzzzzzz

Roti Telur Lada Hitam


Semalam kawan rumah sewa waktu adda praktikal dulu ada buat permintaan nak makan roti telur yang adda selalu buatkn pagi2 untuk sarapan sebelum ke tempat kerja..
katanya dah try buat sendiri tapi tak menjadi macam yang adda selalu buat..
aduhai..cheff tak bertauliah ni dah ajar banyak kali tapi mungkin ambik masa kan nak pandai..
adda dulu pun belajar dari maktok..sekarang dah boleh buat sendiri..
jom kita tengok resipi ni..mudah dan ringkas ja..


Roti Telur Lada Hitam

Bahan-Bahan :

1   biji       Telur
2   biji       Bawang merah
20 biji       Lada Hitam
                 Garam secukup rasa
                 Roti

Cara-caranya:
Tumbuk lada hitam dengan garam sehingga hancur.
Tabur separuh di dalam pinggan/bekas.
Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
Masukkan minyak lebih daripada biasa yang kita gunakan untuk menggoreng telur.
Tumis bawang sehingga kekuningan.
Setelah bawang kekuningan masukkan telur dan goreng separuh masak.
Angkat dan letakkan di dalam pinggan/bekas yang kita taburkan lada hitam tadi.
Lebihan lada hitam kita taburkan di atas telur.
Siap untuk dihidang dan dimakan.


p/s : Adda letak lada hitam sebab nak hilangkan sikit bau hanyir telur..heheh

Thursday, August 22, 2013

Slot Akasia : Cinta Jannah




Abdullah (Ayah Jannah) memberitahu Jannah bahawa Suffian ingin meminangnya. Jannah meminta pandangan daripada Balqis (Kakak Jannah). Balqis memberitahu Nur Jannah agar tidak menolak tuah. Nur Jannah berbelah bahagi. 
Sumaiyyah (Emak Jannah) mahu Abdullah mempertimbangkan semula cadangan menjodohkan Jannah dengan Suffian.
Jannah kemudiannya melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu menjadi isteri kedua Suffian. 


Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci bapanya kerana beliau begitu ingin anak lelaki untuk mendapatkankan harta pusaka milik ibunya. 
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah tiada hala tuju.Ketika itu, begnya diragut dan Jannah jatuh lalu pengsan. 
Secara kebetulan, Izaryl(Aeril) lalu di situ lalu membantu Jannah. Izaryl juga sedang berdepan dilema apabila dia perlu mencari isteri dalam 3 bulan bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Damia, pilihan ibunya.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah,kononya yang dia telah memperkosa Jannah semasa Jannah pengsan.



Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin.Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, Ibu Izaryl Tengku Zareena(Dian P.Ramlee) berasa amat marah.
 Lalu, Tengku Zareena merancang bersama Damia untuk memisahkan mereka.

Berjayakah Damia menggoda Izaryl?Adakah terbit cinta antara Jannah dan Izaryl?


Cinta Jannah
Isnin - Khamis pukul 7.00malam di TV3

p/s : mesti meletup drama ni nanti..adda yang bukan penggemar drama pun dah mula tertarik dengan jalan ceritanya..hari2 dah tercongok depan tv nantikan cerita ni..bestttttttttt.. :)))))

Segmen Gempak Mieza Jhaa K




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Wednesday, August 21, 2013

Piano Di Tangga


Adda ada ke rumah sepupu waktu jadi penganggur terhormat dulu..
dan dia bawa adda ke Berjaya Times Square..
sebelum ni hanya dengar nama ja..tapi tak pernah sampai..
dan sepupu dengan baik hatinya bawa adda jalan2 kat sana..
dah sampai dalam tu..sepupu cakap jom kita naik tangga piano..
ehh..ada ke tangga mcm tu..tak tahu pun..
bila dah sampai kat tangga tu..sepupu cakap..
cuba pijak tangga tu dan naik sampai atas..
adda yang mendengar kata ni pun menurut perintah..hihihi..
terus ja pijak..tetiba dengar bunyi...
ehhh memang adda bunyi la tangga ni..
warna pun hitam putih dah macam piano betul pulak..
peraq sekejap kat situ..last2 adda main kat tangga tu..
lari2 naik dan cepat2 turun balik..
sebab tangga tu akan berbunyi ikut kita bergerak..kalau laju cepat ja bunyi..
kalau perlahan maka perlahan la rentaknya..kihkihkih..
siapa la yang kreatif sangat kan reka mcm tu..dah jadi satu tarikan pulak..
kalau bawa kanak2 mesti dia orang suka dan seronok..

 tetiba ja parkinson pulak tangan ni..hakhakhak.

 kat belakang tu la tangga piano yang adda maksudkan..
warna pun mcm piano ori yang selalu kita tengok tu..
lantai purple tu ada fungsi tau..bila kita pijak2 dia mesti bergerak..macam cecair yg berjalan..tak pandai la adda nak cerita macam mana..kalau nak bawa anak2 atau korang yang rasa diri ini kanak2 ribena boleh la ke sini..hihihi..

ni la sepupu adda..kecik molek ja orangnya..
comeyyy tak kakton..kikiki

Monday, August 19, 2013

"Saya Nak Duit Raya Cik Misya!!!"

Tengok tajuk pun dah tahu..
DUIT RAYA..sapa tak nak kan kalau ada orang yang baik hati nak bagi kat Adda yang dah besar tapi comel mcm kanak2 ribena ni..(tutup muka)..huhuhu
Cik Misya la orang yang baik hati sudi nak bagi kat kita2 yang bertuah ni..jom cepat2 join contest "Saya Nak Duit Raya Cik Misya!!!" sebelum tarikh tutup 20 Ogos 2013 (12 tengah malam)..

Klik banner untuk join

Makasih Cik Misya jemput Adda..
Pengalaman dapat duit raya paling banyak masa sekolah rendah la..siapa setuju angkat tangan..
sebab zaman Adda dulu lepas sembahyang raya kitaorang dah cepat2 lari laju2 beratur kat kubur..
nanti orang besar2 dari masjid datang bagi duit raya..hehehe..
dah kutip duit raya kat kubur kita serbu rumah pertama depan kubur tu..
bukan nak makan sangat tapi yang penting duit raya..waaaaaa..malu dah terbongkar niat sebenar tu..
eh kita budak2 tau lagipun kita konvoi beramai2 dengan kawan2..memang jalan2 nak kutip duit raya sambil bermaafan di hari lebaran..hekhek..
lepas dah dapat duit raya teruskan ke rumah seterusnya sampai habis satu kampung..
dah habis tu jalan lelaju nak balik umah..biar cepat sampai..
kita nak kutip duit raya kat Toknek,Tokwan, Pak Saudara, Mak Saudara..hahaha...
dalam otak ni asyik fikir duit raya ja..makan mmg tak fikir sbb perut dah kembung kot..satu kampung..
bukan sebuah tapi dekat berpuluh buah...hehehe
petangnya mula la buka beg tangan bulu2 yang cantik tu nak kira det raya..
paling banyak pernah dapat RM300++
paling sikit RM0.00..waaaa..sobs..sobs..sobs...
sebab dah makin besar..dah kerja memang tak dapat la duit raya..
giliran kita pulak nak bagi duit raya kat bebudak yang datang umah...weeeeee... :)))

Adda tag :



Wednesday, August 14, 2013

Awakkah orangnya ??



Moga Adda bukan orgnya..
moga dijauhkan..bersyukur bila Allah menduga dgan ujian..

Tuesday, August 13, 2013

Jom join 8Share dengan Adda

Adda baru ja join 8Shared..
wah first sign up terus masuk kredit duit..
bukannya susah sampai pening2 nak fikirkan soklannya..
mudah dan simple..
kalau korang nak join dan dengan nak dapat duit cepat macam adda..
cepat2 klik sini..sign up dan terus ada duit dalam akaun..
best kan..tunggu apa lagi jom la cepat2 daftar akaun macam adda..hehehe
klik link kat bawah ni untuk daftar akaun..

jom la tolong menabung sekali untuk Adda..
klik iklan kat bawah..
kalau korang ada iklan boleh letak sekali nanti adda tolong klik iklan korang balik..makasih.. :)))


Sunday, August 4, 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar


Semalam ada majlis khatam Al-Quran kat tempat kerja adda dan iftar sekali..
dah lama rasanya tak join majlis macam ni..
waktu sekolah dulu selalu ja join kalau ada peluang..
kebetulan dah ada peluang ni..memang adda tak tolak la..


 ni antara yang hadir waktu majlis khatam Quran
ada kanak2 dan orang dewasa..
adda ni kira tengah2 boleh tak..
kanak2 dan dewasa..
wiwiwiwiwi..



 antara juadah berbuka..
ada nasi daging bersama dalca dan air asam,kuih-muih,murtabak,sate,Yong tau fu
jus oren,buah kurma,buah rambutan dan dokong sebagai pencuci mulut..

ni la menu berbuka adda..
kuat tak adda makan..penuh pinggan..bukan 1 tapi 3 pinggan tau..
ish perut ni memang pantang ja nampak makanan..
rasa nak ambik semua..hihihi..
alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..
selepas tu solat magrib dan bagi yang tak ada program lain terus solat terawih..
adda balik awal sebab datang sorang..nanti lewat tak berani balik..
jawabnya nangis sorang2..hihihi..tak malunya anak dara sorg ni kan..
hohoho...:)

Thursday, August 1, 2013

JJCM di Asama Thai Food


Kita bertemu lagi dalam rancangan jalan-jalan cari makan bersama adda..
konon ja kan nak jadi host JJCM yg femes tu..
tak layak cik adda ooiii..ada haku kesah..hakhakhak
JJCM ni dalam bulan lepas sebelum puasa lagi..
baru sempat nak update kat sini..hehehe...
waktu kerja kat sungai petani sebelum ni..lepas ja habis kja kami akan makan siap2 atau beli bungkus ja..
sebab bila dah balik nanti malas nak keluar..atau bahasa Kedah penyegan..hihihhi
Eh bukan penyegan yang tak baik tau tapi lebih baik tak kuar malam dari kuar malam kan..ayat cover..
jalan2 dalam Central Square(CS) tu tetiba terpandang satu Restoran ni..
macam best je tengok..siap ada meja jepun tau..
boleh pilih nak duduk bersila di bawah atau kat meja yang ada kerusi..
tapi disebabkan adda ni ayu,lembut,sopan..(tutup muka)..
terus ja pilih meja Jepun..heehehe
restoran ni makanannya ala Thai..
ASAMA THAI FOOD
harganya pun berpatutan dan yang paling penting sedap...terbaik sangat..


sebelum makan kita timbang berat dulu..hehe
ni aktiviti yang tak disengajakan..
tetiba ja mesin penimbang ni menarik2 adda untuk gunakan ia..
hahahaha



yang ni meehun seafood..harganya RM5.90 ja
tengok besar tak pinggan..banyak sangat..
syer ngan member pun tak habis..
superbbb..memang suggest..

 somtam..harganya RM4.90
rasa masam2 manis..sedappp...

Tomyam seafood..
harga tak ingat berapa..
boleh makan untuk 3 orang 
adda order nasi putih dua..lupa nak snap pic..

korang boleh panaskan tau kalau tomyam ni dah sejuk sebab dia akan letak lilin untuk kita panaskan..
dalam mangkuk yang terbalik depan adda tu la nasi putih..
kalau  bulan puasa ni orang sangat ramai dan penuh..
sebaiknya korang wat tempahan dulu awal2..

kitaorang order ais kosong ja sebab masa pusing2 tadi..
tekak rasa nak minum COOLBLOG..
dah beli sorang satu..jadi elakkan pembaziran..hehehe


Chocolate with bubble 2, Cappucino with bubble 1..
hehehe

kalau korang memang penggemar makanan Thai..boleh la datang sini..
restoran ni kat tingkat satu..
masa menaip ni pun masih terbayang tomyam kat sana..
aduhai..lepas raya nanti nak kena gi ni..
kalau tak asyik terbayang ja dimata..

sebelum balik singgah Watson dan ni la barang2 yang sempat dicapai kami bertiga..
hehehee..