Wednesday, March 27, 2013

Kalau Allah Izinkan


Kalau Allah bagi Adda buat permintaan..
Adda teringin nak tidur sehari ke dua hari ke tiga hari ke tanpa terjaga..
eh apa banyak hari sangat..
jangan bangun terus la..ishh..choii mulut..
napa Adda buat permintaan mcm tu..
sebabnya Adda jenis ssah nak tido..
malam2 semua orang tido Adda still lagi terkebil2 depan TV atau lappy..
walaupun ngantuk tapi mata tak nak terpejam..
sangat susah okeyy...dah mcm penyakit Insomnia..
ehhh Adda ada ke sakit tu..tak..tak..tak..
tapi kalau dpat tido even 5 minit bla dah terjaga mmg ssah dan ambik msa nak tido balik..
bila fikir2 balik..kalau tido tanpa terjaga nanti..
banyak yang Adda terlepas..
tak dapat borak ngan mama..mlm2 selalu je berkepit tepi mama..mcm2 benda nak cita..
tak dapat dengar mama bebel..walaupun mama suka bebel tapi angah tahu mama syg sume anak2 mama..angah pun syg mama..(lapairmata)
tak dapat tengok abah yang rajin berkebun..lari2 kejar ayam dan itik terlepas..hukhuk
tak dapat gaduh ngan adik2..angah sayang korang tau walaupun angah garang
tak dapat arah adik2 buat itu ini.."adik ambilkan angah air..ehh air tumpah..cepat dik ambil kain buruk.."cian ke ko dik tapi bertuah tau..dapat pahala tolong angah..hehehe..
tak dapat makan masakan mama yang mmg marvelous..sedap sampai berat naik pun x sedar..
tak dapat peluk bear2,bantal bucuk (nama je bucuk tapi wangi tau)..
tak dapat cakap2 ngan en cinta..mesti awak rindu Adda nanti kan, kan..
..sobs..sobs..sobs..
yang paling penting Adda tak dapat ngaji malam2 lepas solat..
banyak yang terlepas..terus terfikir ruginyaaaaaaaa..
tak jadi la..tarik balik..permintaan lain..fikir..fikir..
Allah has a perfect plan for us.
He never does it all at once, just step by step because he wants to teach us to walk by faith, not by sight..
lalalalala...zzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 21, 2013

Tentang Seseorang


Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri..
Tak semestinya 100% betul..
tetapi ada sedikit kebenarannya disitu kan..
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.
5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.
6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. 
 Agak2 korang yang mana?cer comment.. ^_^




Wednesday, March 13, 2013

WW : Sibuk + Busy



adda sangat sibuk skrang..
tak sempat fikir tntg enjoy..
kerja..kerja..kerja..
waaaaaaaaa..blog kesayangan pun dah terabai..
sobs..sobs..sobs..

Monday, March 11, 2013

Ada Ke Ceria Terpaksa


Hari ni relax di tempat kerja jadi mood menulis adda senang je muncul..
bukan selalu nak boleh update ni haa..
maklum la pagi datang keje dah kena settle kan apa yang patut..
nanti bos datang xda la pening nak uruskan keje yang lain plak..
keje adda ni nak kena berdepan dengan pelanggan so mood kena baik tiap2 hari..
nanti buatnya orang datang adda layan nak tak nak jer..
kan tak baik untuk prestasi syarikat adda...
lagipun kita layan orang bila bertanya kan satu kepuasan sebab disebalik menjawab soklan kita dapat tambahkan ilmu yang kita ada..kalau tak tahu kita tanya jer pakcik google..

membebel macam mak temah adda ni yer..
haa korang ceria tak hari ni..
ceria yang memang ceria atau terpaksa menceriakan hari anda..
hehehe..ade ke ceria terpaksa erk..
cer korang jawab..bagi adda tak ada istilah ceria yang terpaksa..
kalau senyum terpaksa memang ada..
dah korang tengah bad mood alik2 si minah buat lawak,
takkan korang nak biarkan dia ketawa sorang2 yer idak..
paling kurang mesti senyum terpaksa korang muncul..
nanti dibuatnya dia sentap,satu hal pulak nak pujuk si minah..hehehe..
dalam hidup adda xde istilah ceria terpaksa..
selalu je ceria sebab adda susah nak marah..
kalau marah pun cepat baik...jadi hari2 adda ceria..
kan ke bagus kalau kita ceriakan hidup kita dengan gurauan..
jangan monyok selalu..nnt cepat tua..
hehehe


 hahahahahahhaahahaa...


Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday : Choice in our hands



Tuesday, March 5, 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.
Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Friday, March 1, 2013

Happy 1ST Anniversary


when i have you by my side
it is like rainbow after the evening rain
you always make laugh
make me want cry 
make me feel happy 
make me feel in love 
make me feel better 
it is enough to have you 
1ST year with u and get a lots of memories..

si dia yang buat ni..sangat terharu masa mula2 dapat pic..
terima kasih..

TENTANG 3 HAL



Ada 3 hal dalam hidup yang tidak akan kembali 
Waktu
Kata-kata
Kesempatan.

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang 
Kemarahan
Keangkuhan
Dendam.

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang 
Harapan
Keikhlasan
Kejujuran.

Ada 3 hal yang paling berharga 
Kasih Sayang
Cinta
Kebaikan.

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti 
Kekayaan
Kejayaan
Mimpi.

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang 
Komitmen
Ketulusan
Kerja keras.

Ada 3 hal yang membuat kita sukses 
Tekad
Kemahuan
Fokus.

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu 
Rezeki
Umur
Jodoh.

Tapi, ada 3 hal dalam hidup yang pasti, iaitu 
Tua
Sakit
Kematian.