Thursday, February 28, 2013

Rindu Zaman Belajar




Tetiba rasa rindu sangat zaman belajar..

bestnya zaman belajar dulu..

x payah fikir nak cari duit..x payah fikir bangun awal..x payah fikir tntg keja..

banyaknya cabaran dalam dunia keja ni..

aish..tension betul kadang2..banyak komitmen bila dah kja ni..

zaman belajar hanya fikir..

g kelas..balik dan tension ngan asgment..kuiz..test..tu je..

tapi best sebab mcm2 aktiviti bleh buat..

klau ada klas pun bknnya sepanjang hari..sehari kadang-kadang 4 jam..

hari yang xde klas lgsung pun ada..

klau lecturer ada meeting atau outstation, klas cancel..

yeeeehaaa..boleh balik tido..tilam empukku aysik memanggil..hahaha..(gelak jahat)..

tak macam zaman kja skrg..banyak btul perbezaan..

awal2 dah kna bngun..klau x pergi kja mna nak cekau duit..

gji pun x de,mana ada duit nak terbang melayang masuk dalam tangan..

kalau ada memang semua dah jadi kaya-kayan..eh btul ke bahasa tu..

klau xde gji cm mna nak bayar ptptn..

nak shopping..shopping ngan pompuan mna bleh dipisahkan..hohoho..

nak hulur duit kat parent lgi..

tapi mana bleh ulang balik perkara lalu..

yang kedepan kena lalui dengan tabah dan sabar..ceh ayat..sangat puitis..

xpa kita fikir positif..kalau nak berjaya kena la usaha..

susah-susah dulu..senang-senang kemudian..hehehe..





Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday






Tuesday, February 26, 2013

Doa Penerang Hati



Jom sama-sama kita baca

Thursday, February 21, 2013

SEGMEN: Klik Sana! Klik Sini!

klik banner untuk join

ditag

Tarikh tutup segmen : 
17.02.2013 - 24.02.2013

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday




comel dan sweetnya.. :)

Tuesday, February 19, 2013

Rokok Perisa Baru


mesti korang terfikir dan nak tahu kan kalau tengok tajuk kat atas..
betul ke rokok ada perisa..
selalunya yang kita dengar banyak jenama..
dunhill, marlboro,winston,camel, gudang garam dan seangkatan dengannya..
mana adda tahu semua jenama ni..bukan adda ni merokok..
x baik tau fikir cenggitu..adda ni baik(prasan selalu)..hehehe
sebab dulu adda ada pengalaman jadi cashier di pasaraya..
disebabkan rokok ada di kaunter cashier..
jadi dapat la tahu macam2 jenis jenama..
paling laris dipasaran..korang yang merokok mesti tahu..
wajib la dunhill..kan..kan.kan..
tapi tu dulu..sekarang adda x pasti pula yang mana paling laris..
tapi tadi tetiba terbaca di page FB..


Lelaki : Hai, rokok ada?
Awek Cashier : Ada. Nak rokok apa?
Lelaki : Winston merah ada?
Awek Cashier : Dah habis…
Lelaki : Ermm..bagi Dunhill merah je la.
Awek Cashier : Ada Nak perisa apa?
Lelaki : Hah? dah ada perisa? Perisa apa?
Awek Cashier : Ada..perisa paru-paru, kerongkong, bibir, kaki, and perisa bayi pun ada..nak yg mana? (sambil menunjukkkan gambar pada kotak rokok tersebut)


Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk









ha kan dah kata rokok pun ada perisa..
ish..ish..ish..teruk kan kesan yang dapat kalau jadi perokok..
selalu juga adda dengar klau kita suruh berhenti merokok
jawapannya kalau dah ajal tak merokok pun tetap meninggal..
tapi kan lebih baik jika kita mencegah..
gunakan duit tu untuk benda yang lebih perlu..hehehe
jom kita katakan
TAK NAK pada merokok



Monday, February 18, 2013

Tahi Bintang jatuh di Rusia


Tadi terbaca artikel tentang tahi bintang yang jatuh di Rusia ni terus adda ucap syukur..
 Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
syukur sangat tak jatuh kat malaysia..
tapi kecian jugak pada mangsa yang cedera..
doakan mereka cepat sembuh dan dalam keadaan yang baik..





 


MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.
Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.- mstar


Sunday, February 17, 2013

Adakah Kamu ‘Si Pengongkong’


Bercinta tidak bermakna kamu memilikinya
Ada kalanya kamu harus menghormati dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan rutin hariannya tanpa disoal selidik..
kadang-kadang naik rimas kalau apa kita buat asyik kena update..
setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri atau lebih senang privacy..
Jom kita tengok lima perkara yang menunjukkan kamu seorang yang suka mengongkong atau pengongkong..(ehh bukan maksudnya sama je)..hehehe
adakah kamu orangnya..
cepat mengaku..jangan tipu..hehehe



“Kalau awak nak keluar, pastikan awak hanya keluar dengan saya sahaja tau!”
Tidak bermakna bila si dia menjadi teman lelaki / teman perempuan, kamu berdua harus menjadi seperti belangkas. Perlu diingatkan, si dia juga ada kehidupannya sendiri apatah lagi bersama kawan-kawannya. Jadi tidak salah jika kamu beri si dia peluang dan ruang untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

“Saya nak password Facebook awak, tak kira awak kena bagi jugak!”
Kata laluan Facebook bukanlah kunci segala kebahagiaan. Tidak bermakna jika si dia tidak memberi kamu kata laluannya, si dia curang di belakang kamu. Si dia berhak untuk membuat keputusan sama ada ingin memberi ataupun sebaliknya. Jadi kamu tidak berhak untuk memaksanya.
“Kalau awak sayang saya, awak kena berpakaian seperti ini!”
Mungkin niat kamu baik untuk mengubah penampilan si dia supaya menjadi lebih cantik dan bergaya, namun ada kalanya sifat paksaan dan desakan kamu itu akan membuatkan si dia kurang selesa bersama kamu sekali gus menimbulkan persepsi yang kurang baik seperti kamu tidak menerima dia seadanya.
“Bukannya saya tak sayang awak, saya cuma tak suka awak berkawan dan bercampur dengan dia orang!”
Memang tugas kamu sebagai pasangan adalah menjaga kehidupan sosialnya tetapi siapalah kamu untuk menghalangnya. Janganlah kerana kamu tidak berapa berkenan dengan rakan-rakannya, kamu memaksa si dia untuk terus menjauhkan diri daripada orang yang kamu benci itu. Mungkin dalam keburukan yang kamu nampak sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya. Jadi, elakkan daripada mendesaknya.
“Kenapa lambat balas SMS saya? Awak buat apa tadi!”
Lambat membalas SMS tidak bermaksud si dia sudah melupakanmu. Kena ingat, mungkin ketika itu si dia sedang sibuk. Elakkan daripada berfikir seperti keanak-anakan dan berilah dia sedikit ruang selain menghormati masanya. Barulah si dia akan berasa selesa untuk bersama kamu.




Tuesday, February 12, 2013

Bersama di PIZZA HUT

dulu waktu zaman belajar adda selalu bersama 3org ni..
tapi sejak dah habis zaman belajar dan semua dah kerja..
masa nak jumpa tu makin kurang..
adda selalu jumpa zura sebab kampung kami sama..
dan kerja dlam bidang yang sama..
tapi ina dan syuhada jrang la jumpa sebab depa duduk area lain..
so kami plan cuti raya cina ni nak reunion group kami balik..
maka pizza hut destinasi pilihan..
jom kita tengok dan kenal dengan kawan-kawan adda..
baizura, azlina dan syuhada..
jom kita layan gambar..

 depan umah adda..posing dulu


 
 azlina
 syuhada..nama kami sama tau korang..

 baizura..muka macam retis tak..cer korang teka mcam sape..



 menu yang pertama sampai dulu

 muka lapor tahap alam ni..yer tak..hehehe



 menu wajib klau ke pizza..creamy carbonara..yum..yum..

 hawaian chicken + island supreme..

 muka terpaksa ni..hehehe

 ni makanan adda..salad island yang bnyak cheezee...sedapppppp hingga menjilat garpu..


 sampainya hati kamu suap penyodok pizza..sob..sob..

time ni dah nak berpisah..
salam-salam..peluk cium dulu..
awok-awok semua jga diri..
nnt ada masa dan umur panjang kita jumpa lgi tau..
sayang awok-awok semua ketat2..

Segmen Free Header + Review Blog Season 2 by NFH.

jom kita join ramai-ramai..
banyak tau hadiah menarik menanti anda..
nak tahu apa hadiah yang menanti anda cepat-cepat klik banner.. 

Saturday, February 9, 2013

Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri


  • Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
  • Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
  • Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
  • Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
  • Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
  • Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
  • Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
  • Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
  • Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
  • Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
  • RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
  • Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
  • Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
  • Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
  • Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
  • Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
  • Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
  • Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)