Wednesday, November 28, 2012

Saya Suka..^_^

haaaaaa..ari ni kita nak tengok..
agak-agak korang nak tengok apa..
tajuk kat atas pun tahu yer tak..
ish aku ni..boleh lagi tanya..
ada aku kisah..gedik nak bagitau jugak..hehe
nak tengok apa yang aku suka tentang diri sorg lelaki..
wuuhuuu..bunyi cm menarik jer...
jeng..jeng..jeng..
jom kita sume tengok ada yang kena..
hehehehe

kenal ke tak ni..
aku minat weh dia ni..macho gila..
huhuhu


Saya Suka...

-saya suka laki yang low profile sebab saya tidak suka laki yang menunjukkan kekayaan atau kepandaian dia terang terang
-saya suka laki yang hormat orang tua sebab saya nak dia hormat mama dan abah saya
-saya suka laki yang kurang suka memuji sebab bila dia puji membuatkan hati saya berbunga2 dan pujian itu  amat bermaknabuat saya
-saya suka laki yang daya ingatan kuat sebab dia akan mengingatkan saya semua kenangan manis bersama dan tarikh istimewa kami...sebab saya betul2 seorang pelupa!!!
-saya suka laki yang pandai masak sebab saya suka memasak, nanti kita boleh masak sama-sama..
-saya suka laki yang sukakan ketenangan sebab boleh lepak pantai atau pulau bila free
-saya suka laki yang active bersukan sebab bile dia berpeluh nampak cool and machoo gilaaa..tergugat iman..
-saya suka laki yang romantik sebab dia akan buat hari-hari saya indah dan berbunga2 gitu..
-saya suka laki yang matang fikiran tapi comel perwatakan..
-saya suka laki yang jarak sma tahun dengan saya sebab senang dia nak faham saya
-saya suka laki yang soft spoken sebab bile berborak dengan dia hati saya sejuk dan tenang owww...
-saya suka laki yang good looking sebab saya nak anak saya macam dia..berangan jap..
-saya suka laki yang suka buat surprise sebab bagi saya itu sweet dan membuatkan hari-hari saya penuh dengan kejutan..
-saya suka laki yang ego lebih tapi bila dengan saya ego dia zero..kosong..kosong..(najwa latip jap..)
-saya suka laki yang mempunyai minat sama dengan saya sebab saya nak buat aktiviti bersama-sama dengan dia
-saya suka laki yang mempunyai perangai berbeza dengan saya sebab bila saya tengah marah membara bagai api , dia pulak akan jadi air untuk sejukkan hati saya..(pandai marah ke haku ni)
-saya suka laki yang tidak kedekut duit sebab nanti saya nak shopping boleh mintak dia
-saya suka laki yang suka buat lawak tapi bukan pelawak sebab nanti hari-hari saya penuh ceria dengan gelak ketawa
-saya suka laki yang tinggi and badan nice nice laa sebab saya rase sangat selamat bila berada disisi dia
-saya suka laki yang pandai berdikari sebab bila saya outstation dia pandai jaga diri
-saya suka laki yang suka karaoke sebab nanti boleh spend masa sama-sama karaoke
-saya suka laki yang pandai adapt sebab saya nak dia adapt dengan semua ahli keluarga dan sedara mara saya
-saya suka laki yang ringan tulang sebab bila saya masak , dia boleh tolong kemas ruang tamu..
-saya suka laki yang pandai dan bijak sebab bila bercakap dengan dia semuanya dia tahu ..hehehehe
-saya suka laki yang bertanggjawab sebab dia tahu tangunggjawab dia sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya
-saya suka laki yang penyayang sebab saya seorang yang manja jadi saya boleh merengek-rengek dengan dia..aish gedik kejap..hakhak
-saya suka laki yang cukup solat dan tahu tanggungjawab sebagai orang islam sebab saya nak dia bimbing saya
-saya suka laki yang sanggup mendengar sebab saya suka bercakap..hahaha
-saya suka laki yang sukakan budak kecik atau baby sebab saya rasa itu amat cute..alahai..
-saya suka laki yang kepala gila-gila, sebab saya pun macam tu..nanti mesti happening kalo duduk berdua..hahahaha



"Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you..Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever..♥.."




salam sayang

Adda Syuhada

Sunday, November 25, 2012

Cara Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat dengan MUDAH..

Mesti ramai diantara kita yang sangat peka dengan penjagaan kulit wajah kan.. 
Konfem punya la! Sapa yang tak peka tu memang ada yang pelik...hehehe.. 
Muka yang bersih menjadikan kita lebih konfident nak berhadapan dengan orang kan..
jom kita tengokkk sapa nak cuba..
hakhak 
Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua

Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.
Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk

Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.
Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik

Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.
Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau

Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?

Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu

Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.
Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat
Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis

Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.
Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah

Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.
Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun

Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.
Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras

Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda

Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kalau ada yang rajin, boleh la cuba. Cara tradisional atau alami ni lebih baik daripada kita dok guna produk kosmetik sebab sesetngah produk ni mengandungi bahan yang merbahaya dan ada juga sampai boleh membawa kanser!


cantik..kan..
xde pimples langsung..
putih..gebu..
hehehe


salam sayang

Adda Syuhada

Thursday, November 22, 2012

Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm s***!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni.

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…
Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Notakaki : Inilah kehidupan kita

 eh..eh..tetiba jer..
hehehe

 salam sayang

Adda Syuhada 

Wednesday, November 21, 2012

Patung Kotak-kotak

hai..hai..hai..
sihat tak korang semua..
harap2 sihat selalu ye..
maklum la sekarang ni kan musim hujan..
kalau dah ada tanda2 nak demam tu..
cepat2 ambik ubat tau..
nanti melarat plak demam korang...
ha ari ni aku godek2 kat en google..
dok search apa-apa yang menarik boleh aku kongsi ngan korang..
terjumpa la patung kotak-kotak ni..
sape la yang cipta patung kotak-kotak ni kan..terus jatuh hati..
comel kan..macam2 jenis ada..hehehe..
sebenarnya patung ni ada nama tau..
aku jer yang pandai2 nak panggil patung kotak-kotak..
suka hati aku je...hehehe..
meh kita tngok kecomelan patung kotak-kotak ni..






















salam sayang


Adda Syuhada

Tuesday, November 20, 2012

Palestine Will Be Free


Allahuakbar.. 
sama-sama kita doakan..
  salam sayang
Adda Syuhada 

Monday, November 19, 2012

Allahuakhbar..Keajaiban Peperangan Gaza



Subhanallah..Keajaiban di peperangan Gaza..Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

~Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza

berkata pada Ustaz Zaik bahawa,
ketika satu pertempuran,
komander mujahidin menyuruh
pejuang tidak menembak kereta
kebal Yahudi yang memasuki
kawasan mereka. Dengan
berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba
senjata ini menembak ke arah
kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu
menjerit agar tidak menembak
dan para pejuang berkata mereka
tidak melakukannya. Mereka
berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak
sasaran. Setelah habis adegan
aneh itu, para pejuang mendapati
baki 6 RPG itu masih tidak
digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera
laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

~Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera
Yahudi laknatullah oleh TV Israel
yang cedera mengatakan bahawa
mereka melihat pejuang Gaza
kesemuanya berpakaian putih
sedangakan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah
yang berbaju putih itu???

~Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah
serangan berkata mereka tiba-
tiba dibaling pasir ke mata
mereka dan tidak tahu siapakah
yang melakukannya.

~Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di
lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!
Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

~Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-
roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu
roket itu meluncur laju ke udara
tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

~Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan,
seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan
Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan
pedang dari sarungnya. Ulama itu
berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di
manakah kita?

ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...
SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN...
 TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG
MEREKA...WALAUPUN hanya DENGAN DOA.
Allah...Allah.. .Allah... 
salam sayang
Adda Syuhada 

Sunday, November 18, 2012

Jawatan Kosong..



Untuk pengetahuan anda semua…..anda semua akan ditemudugakan bila panggil………PERHATIAN !!….sila buat persediaan sebelum dipanggil untuk anda lulus temuduga tersebut……selamat berjaya..

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah 


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
 (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'. 

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


JAZAKALLAH… 




salam sayang

Adda Syuhada 

Saturday, November 17, 2012

Subhanallah aku mencintai-nya...



Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat


Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat




salam sayang

Adda Syuhada

Wednesday, November 14, 2012

Sunat Bayi Perempuan

korg pernah dengar tak tentang bayi pompuan kena sunat..
jangan ingat orang laki jer yang kena sunat tau..
pompuan pun kena lalui proses ni..
cumanya xde la wat keraian macam selalu kita tengok tu..
korg juz bawa pergi klinik atau bidan kampung dan terus sunat..
x payah pantang2 ataupun risau x boleh jalan ke mcm kita slalu tngk budak laki kena sunat tu..
paling kurang pun sakit macam kena gigit semut jer..
lepas tu terus ok..
haa meh baca kenapa bayi pompuan pun kena sunat.. 

Ini di antara hadith dan alasan saintifik kerana bayi perempuan juga perlu berkhatan. 

Berkhatan bagi bayi perempuan ialah memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhatan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris. Khatan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan oleh doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah. Luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit. Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari ke-40. Usia bayi(kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhitankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.


Tujuan berkhatan kanak-kanak perempuan untuk menstabilkan syahwatnya. Ia juga bertujuan untuk membersihkan kemaluan, memperelokkan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin dan mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada mengalami penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.





salam sayang
Adda syuhada








Monday, November 12, 2012

Happy Deepavali


Untuk yang beragama Hindu.. 
Selamat Hari Deepavali.. 
berhati-hati di jalan raya...



salam sayang

Adda Syuhada

Titisan hujan..

ari ni kita layan gambar je..
jom tengok cantik kan..










 

 




alolo comeyy..hehehe

Sunday, November 11, 2012

Kerja..lalalala

hai..hai..hai..
lalalala..
kerja..kerja..kerja..
ish tetiba je kan nyanyi plak aku ni..
cepat buat kerja..
jangan curi tulang..makan gaji buta..
tak baik untuk kesihatan..
eh..eh...ada kaitan ker..
tak baik untuk prestasi kita la..
kat tempat kerja aku ni tak selalunya sibuk..
kalau bos ada maknanya ada la kerjanya..
kalau tak aku dok ngadap pc yang banyak berjasa untuk aku jer la jwabnya..
bosan beb..dah nama mai nak wat keja tapi kerjanya tak ada..
nasib bos aku sporting..
cool je selalu..
hehehe
ok sambung buat keja..
nanti kita update lagi.
hohoho..





jom kita baca doa dulu sebelum mulakan keja dan akhir kerja..
hehehe


salam sayang

Adda Syuhada


Saturday, November 10, 2012

Mood Di Hujung Minggu




mentang2 la hujung minggu..
cuti plak haa...
aku tanya tntang mood segala..
hahaha..
MOOD korang?????

 

salam sayang

Adda Syuhada