Wednesday, October 31, 2012

Kuala Lumpur + Melaka..Tunggu aku..

ada orang tak..ceq nk masuk ni.
masuk la pintu umah terbuka ja untuk korang2..
hakhak..
mula nk merapu meraban ja aku ni..
esok aku kena bawa trip ke Kuala Lumpur + Melaka..
3 hari 2 Malam..
korang2 yang dok baca ni pernah sampai tak..
kalau tanya aku mmg selalu bebenor la sampainya...
awal tahun ni pun aku dah melwat dua2 tempat tu..
dah tahu tempat2 menarik kat sna..
nak plak aku ni kerja bahagian pelancongan..
WAJIB ok..WAJIB tahu tempat2 menarik di Malaysia ni ha...
nanti "customer" aku tanya jenuh tergagap2 nak menjawab..
aish malu..sorok muka bawah meja la jawabnya..
hahaha..
doakan aku selamat pergi dah balik..
nanti aku update dalam entry lain trip aku ni ok..

 Melaka

 Kuala Lumpur



salam sayang 

Adda Syuhada


Monday, October 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha..

xmau tlis panjang-panjang kali ni..
juz nak ucap kat korang semua..
Selamat Hari Raya Aidiladha
maaf bebanyak yer korang2 semua
mana tahu sepanjang aku dok menulis ni tersilap bicara..
terkata pe2 yang tak sepatutnya..
maaf..maaf..maaf..
ikhlas dri hati yang suci gebu ni..
hohoho


 bagusnya kome2 dia atas ni yer..


salam sayang..

Adda Syuhada

Wednesday, October 24, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

hai korang2 semua..
aku nk share dgn korg petanda si cinta hati tu adalah jodoh kita..
mesti korg nak tahu dan pernah terfikir..yerr idak..
angguk-angguk..geleng-geleng..
hehehe..
dah lama kita kenal ngan si cinta hati mesti la kita2 ni sume (termasuk aku yang dok ngadap lappy) merancang nak kahwin..
xkan la selamanya di tahap tu jerr..
kan..kan..kan..
kat bawah ni aku listkan kat korg 10 petanda yang menunjukkan si dia jodoh kita..
jom....jom..kita check tengok ada ke idak petanda tu..




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


 
salam sayang

Adda Syuhada


Monday, October 22, 2012

Silap masuk toilet daaa...

Assalamualaikum...

dah lama tak mengupdate blog ni. dah berabuk dah pun..
fuh..fuh..tiup habuk....hah.bersih pun.

haaa kali ni aku da cite nak kongsi ngan korg..adoiii malu siot bila terjadi kat diri sendiri..sebelum ni dok gelak kat orang sangat last2 kena kat diri sendiri baru tahu..huhuhu..korg pernah ada pengalaman silap masuk tandas tak...???haaaa..bek korg ngaku cepat..x bek oooo tipu2...aku pun nak ngaku ni...aku pun pernah silap masuk tandas...huhuhu

Nak dijadikan citer jumaat minggu lepas aku keluar ngan sepupu aku..tetiba je dia mesej ajak teman dia, nak settle hal pe ntah kat Alor Star tu..siap2 la aku pun nak kuar,lepas je dia datang ambik aku kat umah merempit la kitaorang ke Alor Star..dah sampai sana settle hal dia dlu..sejam jugak la aku dok tunggu jadi mak guard tak bertauliah..hehehe
sory noh cik sepupu..ayat mcm tak ikhlas tapi sungguh ni (sambil angguk2 kepala)..ceq ikhlas teman..hehehe..
dah settle hal dia kitaorang pun jalan2..ronda2 dalam City Plaza yang femes tu..hoho..
bajet la femes sangat..jalan2 tengok baju,kasut,tudung..tetiba rasa nak terkucil..maklum la sejuk kot dok keluar masuk kedai tambah2 bangunan berhawa dingin(aircond)..
aku pun ajak la sepupu aku gi tandas..
 dah tu korang pun mesti boleh bajet punya jalan cerita aku ni. dah tak tahan nak tut..mesti ah gopoh gopoh aku cari toilet kan. aku tak pandang apa lagi dah. aku cari toilet kosong je masa tu terus aku lepaskan segala keinginan aku dengan penuh nikmat.  
lepas tu apa jadi??
lepas dah selesai, baru aku tahu aku salah masuk toilet. terjenguk-jenguk la aku nak keluar..tapi aku ni jenis kalau malu, aku tak tunjuk kemaluan aku. eh silap. aku tak tunjuk yang aku tengah malu. aku buat buat muka kerek. konon nya macam dorang yang salah masuk toilet. hahaha..
cepat2 aku keluar dan terus tarik tangan sepupu aku yang dok tunggu kat luar tu..hahaha
tersengih2 aku sorg2 bila teringat kejadian ni..malu siottttttt...huhuhu..
 malu ke dik..hohoho
satu pengajaran yang aku dapat lepas kejadian ni adalah..
sebelum nak masuk toilet pastikan dlu tanda ni...jangan main terjah ja...hehehe

Toilet Signage

lepas dah pastikan baru korang masuk dan melepaskan hajat korg tu..hohoho
 heheheheh...

salam sayang

Adda Syuhada




Saturday, October 13, 2012

Senyum..Senyum..Senyum..

hai adik...hai kakak..hai abang...
mulakan hari dengan senyuman


ha macam tu la..kan comeiii dan manisss jerr..
macam gula je..mintak sikit senyum 2..
nk campur dalam air teh aku buat kat dapur tu..hohoho..
takda la..gurau ja ngan kome2 sume..



nak senyum bukan susah..tak payah pun keluarkan duit..
dapat pahala ada la..
kan percuma je korang tambah berat bahu kanan korang tuuu..
nak pahala tak adik-adik..hehehe
senyum ni pun boleh jadi senaman mulut korang..
nak regangkan otot-otot kat mulut korang tu haa..
takda la muncung ja orang kat sebelah kanan,kiri,depan kau tengok..
ada lagi..yang ni penting tau..semua orang nak..termasuk la ceq yang dok ngadap lappy ni...
senyum melambatkan proses penuaan..awet muda la senang citer..
meh sini aku nak kongsi kebaikan senyum kat korang..

  1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

..kan..kan..kan..

nampak tak..kan aku tanya ni..grrrrrr

 saya tengah senyum ni..tunjuk gigi lagi..hohoho


hehehehe...kihkihkih...hahahaha...
salam sayang 

Adda Syuhada

Wednesday, October 10, 2012

Madah Pujangga..hehehe

"Terlalu menjaga sampai satu hari nanti kita akan tersedar 
rupanya apa yg kita lakukan langsung tak dihargai..
kenapa tak pernah serik dari pengalaman..
mungkin kerana terlalu menghargai sampai lupa akn diri sendiri"

haaaaa..madah pujangga dah keluaq nih...
cer gtau aku apa yang korang faham ngan ayat kat atas tu...
ish susah jugak nak nafsir kalau tak lalui pengalaman ni kan..
aku nih pengalaman putus cintan cintun ni tak banyak..hehehe..
maklum la teman ni idoppp la cantik..comeiiii je lebih(ayat perasaan ni)..hakhak
jadinyerrrr aku idakkk lerrr banyak pengalaman dikecewakan..ishhhhh..mintak simpang...
sakittt owhhhhhhhhhh...makan tak lalu,tidooo malam tak lena..
aduhhhh serik dengar ayat nih...
"ayang(panggilan zaman ceq) mulai ari ni kita putus" 
maunya ceq lari terjun bangunan...hohoho
aihhhh tak..tak..tak..aku masih kuat iman..
apa yang susah kalau dah dia tak mahu kan ekau..ekau cari je la yang lain...
kan ada ayat bunyinya begini ye anak-anak..hehehe..
 
"Jangan pernah alpa, Allah itu senantiasa ada, Allah itu penyayang sifatnya. Justeru mengadulah pada Allah, bercerita lah dengan Allah. Yang Maha Mengerti itu cuma Dia. Walau sedalam mana gurisan luka, walau seluas langit hamparan derita, kejarlah Allah, carilah Allah! Percayalah kan kau temu BAHAGIA" 


atau


" "Kadang-kadang Allah datangkan mendung dulu namun x semestinya hujan..kadang-kadang tak sempat hujan angin dah halau mendung tu dan biarkan langit cerah kembali..kalaupun hujan pasti berhenti dan Allah hadiahkan pelangi untuk kembali berseri..."

 
haaaaaaa...kan aku dah kata setiap yang jadi mesti Allah dah sediakan untuk kita yang lebih baik..kalau bukan hari ini..esok..lusa..tulat...ekau tunggu je la..
tak payah la ekau terjun bangunan tu..bunuh diriii 2 kan golongan yang takda iman...
aihhh tetiba ja aku berletiaq panjang leborrrrrrrrr dalam nii....

harap-harapnya kawan-kawan kat luar sana,fikir dulu sebelum buat sesuatu...
jangan ikut hati dan nafsu yang selalu dihasut syaitonnn nirojimmm tu haaa...
sudah..sudah..sudah..dah mula bebel ni sampai esok tak habis..
hehehehe...
salam sayang dari aku yerrrr..

Adda Syuhada 



 


Tuesday, October 9, 2012

Blog aku..ape cer...

aduh rindu bebenor nk tup tap tup tap kat sni..
lma gilerrrr kot aku tak update..nk kata aku ni bz kalah monteriiii...
xde maknanya, dop layak lagsung nak jadi monteriii tu haaa...hehehe...
pas ni wajib aku update slalu la blog ni..dh bersawang penuh..
nak taip ni pun haaa kna buka mata luaih-luaih(luas)..
ceq org kedah bahasa pun dah kluaq kedah ni..hahaha..
faham ke kome sume..
xpe2 dk ngadap blog cek ni lama2 tahu la aih nk cakap bahasa kedah ni..
ish dok merapu ke bahsa plak ceq ni..
yg penting untuk sume kawan2 di sini..
ceq nk update dan tup tap tup tap sampai lebam..
kau x sukaaaaaaaa...kau x nak bacaaaaaaaa...
ada aku kesahhhhhhh..hahahaha...
janji ceq bleh update.....



ceq memang percaya kata-kata ni..
percayakan impian kita dannnnnn...masa depan memang milik aku..hak aku..hohoho..